Sunday, 25 September 2016

Owner's review - Peugeot 308 VTi 2009 (3rd year)


Dah masuk tahun ketiga pakai peugeot 308, kereta sudah berumur 7 tahun, satu per satu part kereta mula menunjukkan tanda-tanda perlu ditukar. Jadi tahun ini, ialah tahun merepair kereta :p setakat ni yang repair dan maintenance adalah seperti berikut:-

=== Repair / maintenance biasa-biasa ===

Bulb lampu depan dan belakang (kiri dan kanan) + wiring lampu belakang (beberapa RM)
"Pergh, kereta ni suka betul blow lampu. :p Simpan bulb extra just in case perlu tukar sebelum perjalanan jauh."

Tayar depan 2 biji. (RM800)
"Bunga sudah habis, masa untuk tukar baru. Tayar belakang akan menyusul."

Plat nombor baru (RM30)
"Font dah kuning-kuning, tak cantik. "

Brake pad (RM318)
"Brake pad sudah kronik, tak makan. Tukar brake pad brand TRW, cengkaman lebih baik daripada brake pad asal. Dan lebih menarik lagi, tak ada lagi brake dust/habuk pada tayar hadapan!"

Tukar minyak enjin + oil filter setiap 10,000km (RM350)
"Dua kali dalam setahun."

ATF (RM300) + cabin filter (RM74)
"Maintenance demi masa depan yang gemilang."

Total: around RM2.4k

=== Repair 'luar biasa' aka pelik-pelik ===

Replace valve cover gasket (RM300)
"Symptom: Asap berkepul-kepul keluar dari ekzos bila tekan pedal minyak."

Thermostat (RM500) + Water pump (RM500)
"Elok sebelum raya puasa, on the way balik rumah dari Cyberjaya, temperature kereta naik! Langsung park tepi jalan, panggil tow truck, hantar bengkel, tukar termostat. Alang-alang tukar sekali water pump. Nasib baik tak kena masa balik kampung!"

Gasket / oil drain plug (RM300)
"Oil leaking dari bawah enjin. Perasan ada minyak menitik bawah enjin. Masa berhenti di lampu isyarat, asap keluar dari kawasan bawah / tepi enjin. Lepas tukar ni, asap pun tiada, minyak pun tidak menitik atas parking lot."

Total: RM1.6k

===

Jadi total semua repair dan maintenance untuk tahun ini = RM 4k.
Kalau puratakan per bulan, RM300 sebulan untuk servis dan repair.

Kos repair sebanyak itu tahun ini sebenarnya 'masih OK', memandangkan part-part seperti termostat, water pump, gasket, brake pad dan tayar, bukannya tiap-tiap tahun kena tukar. InsyaAllah lagi 4-5 tahun baru mengadap balik part-part ini.

Kalau ikut perkiraan saya, tahun depan cuma perlu tukar 2 biji tayar belakang dan servis biasa minyak enjin 2 kali setahun, 'secara teori' total maintenance dalam RM1.5k sahaja untuk tahun depan (average RM120 lebih sebulan. OK lah).

Saya suka drive P308 ni terutamanya bila cruising atas lebuhraya. Stabil, tak ada gegar-gegar walaupun pada halaju tinggi. Body pun nampak solid, rasa confident kalaulah jadi apa-apa luar dugaan. Ciri-ciri keselamatan, airbag dsb tak payah ceritalah, tak sama macam brand Jepun.

Design exterior 308 setakat ni tak pernah jumpa kereta lain yang seiras ke 'curi idea' ke, jadi agak unik. Kualiti plastik digunakan dalam interior pun sangat bagus terutamanya soft plastic digunakan untuk dashboard. Seat depan sangat selesa, ada lumbar support bukan seat rata safe budget.

Ada review kata seat belakang terlalu tegak dan ruang kaki sangat sempit. Sebagai family car sebenarnya itu tidak menjadi masalah langsung. Anak saya 2 orang duduk dalam child seat, nak recline pun boleh. Asalkan masuk dalam kereta, pasang aircond, terus tidur. Kaki 2 orang budak ni tergantung-gantung lagi, tak perlu pun ruang kaki luas. Lagipun senang untuk saya kalau nak beri botol ke, permainan ke, sebab tak terlalu jauh untuk capai. Tak perlu untuk saya buka seat belt pun.

Kekurangan jelas yang saya nampak ialah maintenance atau repair cost yang 'sedikit' lebih tinggi berbanding jenama lain contohnya dari Jepun. Kemudian kalau beli kereta ini 1st hand, terpaksa melayan karenah sebahagian service centre, tak tahu macam mana nak repair, nak tunggu claim spare part sampai berjanggut. Bila orang viral dalam internet, resale value jadi makin teruk. On positive side, ia kesempatan yang sangat bagus untuk pembeli 2nd hand, termasuk saya.

Kalau beli 2nd hand ada kebebasan untuk pergi independent workshop yang memang specialized kereta Peugeot. Kekurangannya ialah, bukan semua workshop tahu repair / service Peugeot.

Semoga 308 terus gagah (dan tak banyak ragam!), loan pun tinggal setahun lebih sahaja. Lepas setahun itu, tak ada installment, hati banyak senang.

Sekian.

advertlets

nuffnang