Monday, 22 September 2014

Owner's review - Peugeot 308 VTi 2009

Intro
Baru dapat surat untuk renew road tax kereta. Maknanya dah hampir setahun pakai kereta ni, terfikir nak tulis sedikit sebanyak review tentang Peugeot 308 VTi. Kalau-kalau ada yang terfikir nak beli kereta model ini dan inginkan pendapat daripada owner sendiri, boleh lah baca post ini.

Setahun yang lalu, saya terfikir nak cari kereta yang besar sedikit menggantikan kereta yang digunapakai pada masa tu - Proton Savvy. Dah kahwin, ada anak, jadi ada keperluan bonet belakang yang lebih besar.

Dulu saya pakai kereta Proton Savvy sebab nak kereta yang mudah untuk ulang alik ofis, sekali sekala jalan hujung minggu, jimat minyak dan mempunyai handling yang above average (thank you Lotus handling!), pada harga yang tak mengempiskan dompet, tetapi terpaksa pejam mata dengan build quality Proton pada masa tu yang terang, nyata dan jelas adalah 'malapetaka'.

Alhamdulillah, setakat saya drive Savvy, tak pernah rosak yang major. Sikit-sikit setakat sensor kotor tu adalah.

Jadi, masa nak cari kereta besar sikit, ada lah juga list down kereta apa nak beli. Secara umumnya, saya nak kereta yang berbentuk hatchback. Ford Focus, Mazda3, Hyundai i30, Suprima, Peugeot 308 termasuk dalam senarai.

Pendekkan cerita, Ford Focus - yang lama / second hand, bukan model baru - walaupun handling nya menarik tapi interior pada saya tak cukup cantik - macam design orang tua - seat rata, design dashboard dan material, kualiti plastik yang digunapakai untuk interior tak memenuhi citarasa.

Mazda3 pula exterior kelihatan menarik, tapi setakat yang saya survey, hanya jumpa yang versi enjin 2.0. Kalau boleh nak yang enjin 1.6 liter.

Hyundai i30 masih agak baru, jadi tak ada 2nd hand yang dalam range budget.

Saya tertunggu-tunggu juga Suprima keluar masa tu, tapi bila tengok harga, alamak, tak masuk dalam range budget, terpaksa potong dari list. Ya lah, kereta baru launch. Lagi pun fuel consumption daripada enjin Campro tak meyakinkan. Beli mungkin murah, tapi pengguna Proton komplen minyak tak jimat. Bukan saya cakap, owner Proton berenjin Campro sendiri cakap.

Review

Jadi tinggal Peugeot 308. 308 ni design exterior ni memang tak sama macam kereta-kereta lain, orang tak boleh kata kereta ni copy paste daripada kereta brand lain. Tak ada. Kat situ sahaja dah good point +1.



Tengok interior, material yang digunapakai nampak berkualiti. Bukan plastik nampak murah punya. Tempat duduk pun selesa ada lumbar support. Meter console pun nampak cool sebab besar dan warna putih. Aircond vent ada chrome di kelilingnya, nampak 'luxury'. Shift knob pun chrome. Cermin hadapan (windscreen) sungguh luas sampai atas kepala, sampai boleh nampak bintang, bulan, matahari dan awan.



Permukaan dashboard bila tekan dengan jari, rasa macam plastik / getah lembut, bukan plastik keras.

Saya bagi satu lagi +1 untuk interior Peugeot 308.

Dari segi keluasan, Peugeot 308 ni lebar, kalau seat belakang duduk 3 orang pun tak sempit. Kira 308 ni memang praktikal untuk menumpangkan maksimum 5 orang. Cuma, tempat duduk belakang, pada pendapat peribadi saya, agak tegak. Bila duduk kena duduk straight, tak boleh sandar sangat. Dan ruang kaki untuk penumpang belakang tak berapa luas. Tapi kalau fikir logik, untuk family car buat apa ruang kaki banyak-banyak di belakang, kalau yang duduknya anak-anak yang masih kecil, kanak-kanak atau remaja. Anak saya umur 2 tahun duduk di belakang pun terjulur lagi kaki. Lagipun kita orang Asia, apa kaki panjang sangat ke sampai 2 meter?

Ruang boot belakang boleh dikatakan luas untuk sebuah hatchback (430 liter, lebih besar daripada Ford Focus, Mazda 3 dan Suprima). Saya guna benchmark, boot belakang mesti boleh masuk baby stroller pada masa sama masih boleh simpan beg atau barang shopping. Ataupun boleh masuk beg luggage saiz paling besar. Ok, dua-dua muat: lulus.

Untuk ruang, saya bagi +0.5, memenuhi kehendak saya tetapi tidaklah sempurna (tempat duduk belakang). Dalam tak sempurna tu, sebenarnya bagus juga, sebab kereta boleh maintain saiz yang tidak terlalu besar. Kalau nak besar sangat, baik beli MPV, buat apa cari hatchback, betul tak.

Dari segi enjin, kereta ni pakai enjin 1.6 liter, saya beli yang versi tak ada turbo (VTi). Ini terpulang lah kepada kehendak dan citarasa masing-masing, tapi saya seboleh mungkin tak ambil yang turbo, pemanduan saya contohnya ke pejabat cuma mengambil masa tak lebih 20km. Saya tak perlukan turbo. Kemudian kalau saya travel balik kampung, paling jauh pun sampai Melaka. Itupun tak sampai 1 1/2 jam. Saya tak perlukan turbo lagi.

Tapi, kekurangan enjin 1.6 VTi tanpa turbo ni - pakai pula transmisi automatik - bila dimasukkan dalam Peugeot 308 yang berat ni, ialah pick-up lambat. Jalan yang banyak 'berhenti dan jalan' (stop-start) sangatlah tidak bagus, contohnya kalau masuk KL. Lebih baik pandu kereta yang ringan, seperti Myvi.

Peugeot 308 ni sesuai untuk cruising di lebuhraya. Jalan yang tak banyak stop-start. Memang ini tempat dia beraksi terbaik. Kalau pakai fungsi auto-cruise, minyak lagi jimat walaupun pada halaju 100km/h.

Untuk prestasi enjin berbanding chassis berat, saya bagi +0.5.

Mengenai ciri keselamatan yang ada dalam Peugeot 308. Lima bintang dari Euro NCAP (crash test). Untuk kita yang berkeluarga, keselamatan amatlah penting. Tambahan lagi, kereta ini ada child door lock, boleh enable dan disable dengan mudah di panel pintu pemandu. Tak adalah budak-budak main sampai terbuka pintu tengah-tengah jalan. Keselamatan penting terutamanya untuk kita yang berkeluarga!

Untuk keselamatan, saya bagi +1 !!!

Saya beli Peugeot 308 VTi model tahun 2009, jadi menggunakan transmisi AL4. Setelah setahun memandu, yang boleh saya katakan tentang transmisi, ini pun lebih sesuai untuk highway cruising, pemanduan yang tak banyak stop-start, dan pemanduan di jalan yang hampir lurus, tak banyak gear shifting. Kalau jalan tu banyak bengkang bengkok, mulalah gearbox keliru, kejap rpm tinggi, kejap rpm turun. Bila masuk jalan bengkang bengkok, saya tukar dari auto mode ke manual mode, tukar gear sendiri.

Untuk transmisi saya bagi +0.5, sebab lebih sesuai untuk satu situasi: cruising.

Seperti sedia maklum, sebelum ini saya memandu kereta Proton Savvy, yang mana dari segi handling boleh dikatakan slightly above average. Kalau jalan berliku-liku, tak perlu banyak tekan brek atau tukar gear, cuma perlu maintain halaju dan pusing steering. Best.

Bila saya bandingkan dengan Peugeot, mm.. dah tentu tak sama. Ciri-ciri mempunyai handling yang baik tu ada, tetapi ada beberapa tempat saya perasan bila ambil selekoh, terasa berat / inersia di bahagian hadapan kereta.

Ibarat macam: seorang yang pandai bermain sukan, tetapi badannya chubby. Kalau dia clumsy sikit, kaki terseliuh.

Tapi itu pun kalau dipandu dalam halaju agak tinggi. Kalau bawa biasa-biasa, tak ada apa-apa masalah. Satu lagi benda saya suka ialah berat steering Peugeot. Setengah orang mungkin tak suka, tapi saya lebih suka steering 'berat'.

Saya baca review luar negara pun kata handling Peugeot 308 ni kurang umph berbanding pendahulu ranking handling dalam segmen kereta yang sama, Ford Focus. Tapi perlu diingatkan, handling 308 sudah cukup baik untuk pemanduan biasa, dalam bandar, yang tidak mengambil selekoh dalam halaju lebih tinggi.

Untuk handling, saya bagi.. 0.6...

Kesimpulan

Adakah Peugeot 308 untuk anda? Kalau anda memerlukan lebih ruang, tetapi tidak mahu kereta yang terlalu besar 'bagak', mempunyai ciri keselamatan yang terbaik (5 bintang), lebih banyak memandu di lebuhraya berbanding jalan sesak atau berliku, mementingkan design yang cantik, dalaman yang berkualiti supaya 'presentable', orang tengok pun tak segan, mungkin ini kereta untuk anda. Peugeot 308.

Adakah saya berpuas hati dengan Peugeot 308? Ya, saya memang target cari family hatchback, enjin 1.6 dan kebanyakan masa memandu di lebuhraya berbanding jalan sesak atau berliku, but belakang yang luas (430 liter). Kekurangan yang ada pada 308 boleh dikompromi.

Adakah saya syorkan Peugeot 308 untuk semua orang? Tidak, saya tidak syorkan Peugeot 308 untuk semua orang apatah lagi pemandu majoriti. Kereta macam ni sesuai untuk orang yang tahu serba sedikit (dan ingin ambil tahu serba sedikit) tentang kereta. Ini bukan kereta start terus jalan janji isi petrol.

Lagi satu, kereta macam ni tak sesuai untuk orang yang berkira tentang resale value. Lebih baik beli Honda atau Toyota. Atau Myvi. Ini kereta untuk orang yang tak mahu ikut mainstream (haha).

Dalam pengalaman setahun ni, masalah yang saya hadapi setakat ini ialah warning tentang 'ABS malfunction' kadang-kadang menyala. Bila matikan hidupkan semula enjin, error itu pun padam. Jadi kemungkinan besar masalah sensor sahaja. Tapi untuk orang yang tak biasa dengan kereta continental banyak sensor macam ni, pasti akan rasa seriau. Lebih baik pakai kereta yang tak banyak elektronik & sensor.

(Update as of 1st Jan 2015) Masalah kedua yang terkena kat saya (dan sudah tentu owner 308 yang lain) ialah, bateri cepat habis! Baru satu tahun pakai bateri baru, dah 'kong', tak boleh hidupkan kereta! Tukar bateri, baru boleh start enjin.

Pakai kereta continental ni tak sama macam pakai kereta Jepun. Kena rajin buat research, dan kena tahu apa common problem dia. Macam saya tak lah terer sangat, tapi tahu lah sikit-sikit sekurang-kurangnya terhindar lah daripada rosak-rosak yang pelik. Setakat tukar bulb lampu brek belakang tu ada lah, itupun buat sendiri.

Dari segi maintenance biasa - setakat tukar minyak enjin dan oil filter - saya fikir kurang lebih sama sahaja seperti kereta lain. Kereta lain terutamanya yang baru-baru pun ada yang pakai minyak full sintetik. Ok, baru teringat, oil filter RM40 (!)

Lepas tu kalau rosak yang pelik-pelik, spare part mungkin lebih mahal berbanding kereta-kereta 'majoriti' seperti Honda, Toyota, Perodua atau Proton. Harga yang perlu dibayar untuk berbeza daripada majoriti. Tapi kalau tak rosak, agak berbaloi. Kalau tak rosak la.



Peugeot 308 1.6 VTi 2009
Exterior 1.0
Interior 1.0
Space 0.5 (Rear seat leg room)
Performance 0.5 (1.6L naturally aspirated engine in a heavy car)
Safety 1.0 (NCAP 5 stars)
Transmission 0.5 (Only good for cruising)
Handling 0.6 (Not class leading - but nice steering weight)
Resale value: 0.5 (Half price after only 5 years)

Overall: 5.6/8.0

advertlets

nuffnang