Tuesday, 13 May 2014

Tips Melancong ke Perth - dari perspektif pengeluar modal

1. Mula-mula beli tiket kapal terbang ke Perth. Pergi balik. Harga mengikut musim, kadang-kadang ada promotion, dapatlah tiket flight murah. Harga tiket: Terpulang.

2. Lepas tu book hotel. Cadangan cari hotel betul-betul dalam bandar Perth. Senang, sebab ada pengangkutan awam yang efisyen dalam bandar Perth. Dua tiga hari yang pertama boleh pusing-pusing bandar Perth naik bas, tak perlu sewa kereta. Cuaca sejuk, jalan-jalan tak berpeluh ketiak. Cadangan: book Criterion Hotel untuk 2 ke 3 malam.  Link: https://www.criterion-hotel-perth.com.au/cgi-bin/criterion_hotel.htm  Satu malam $112.

3. Sebelum terbang jangan lupa mohon visa. Apply online saja, dalam 24 jam selesai. 
Link: http://easyeta.com/ 
Untuk tourist visa, satu orang $10.

Ok, naik flight, 5 - 6 jam sampai airport Perth.

4. Sampai airport Perth, cari kedai jual kad prepaid telefon bimbit (keluar2 pintu arrival dah nampak). Prepaid ni penting apa-apa hal nanti nak buat panggilan, dan juga untuk pakai aplikasi Waze (senang masa driving). Prepaid paling murah $30, valid sebulan.

5. Ambil teksi dari airport ke Criterion Hotel. Tambang satu hala: $56.

6. Sampai Criterion Hotel! Check-in, letak barang, pergi jalan-jalan!

7. Pusing-pusing kawasan blok sekitar hotel. Hay Street, Murray Street,... Macam-macam kedai ada. Kedai makan Malaysia pun ada! Nak makan nasi pun ada! Satu pinggan: $10.

8. Mula keesokan harinya, dah boleh pusing-pusing bandar Perth naik bas. King's Park, Bell Tower, Stirling Garden, Harbour Town, dan macam-macam taman dalam bandar. Dalam bandar Perth ni ada perkhidmatan bas percuma. Kos naik bas free (CATS): $0.  Link: http://www.lookatwa.com.au/Transport/cats.html

9. Setel dua ke tiga malam, check-out dari Criterion Hotel, pergi cari kereta sewa. Cadangan: Aries car rental. Kata kat dia masa pulang kereta nanti, kita nak parking kereta ni kat airport, senang. Kalau tak, jenuh nak hantar kereta kat bandar Perth lepas tu naik pulak teksi sampai airport. Link: https://www.ariescarrental.com.au/  Rental car: 1 hari $28.

Ada juga yang sewa kereta dari Bayswater car rental. Terpulanglah. Kalau Bayswater insuran kereta cover third party sahaja, kereta sendiri benjol, sendiri bayar. Sebab tu murah.

10. Sekarang dah ada kereta! Kena cari tempat menginap yang ada parking. Dalam kes kami, meneruskan penginapan di Scarborough Observation Resort. Satu malam: $77.

11. Dah ada kereta, pergilah jalan-jalan jauh sikit. Pergi Fremantle, E Shed Market (beli cenderamata, T-shirt di sini), Caversham Wildlife Park, Rockingham, Araluen, Mandurah etc. Pandu ikut halaju yang ditetapkan. Kalau disiplin macam saya dan kebanyakan orang di sini, petrol pakai 33 liter @ $50 sahaja untuk pemanduan 5 hari. Harga petrol 1 liter dalam $1.49. Kalau drive macam orang Malaysia kelam kabut macam "you are what you eat", saya tak tahu.

Saya cadangkan pakailah Waze, memang superb, 90% dijamin tak sesat. Lagi 10% saya reserve sebab ada satu kali nak balik ke city jalan jammed, saya ikut jalan jauh sikit tapi sedikit lengang (masa tu dah terer sikit).

12. Check-out hotel tepat masa, isi beg dalam kereta, jalan-jalan terakhir: Tengok pantai. Dekat depan Scarborough resort tu ada pantai panjang mengadap lautan hindi, boleh la nak bergambar, berkelah, tenangkan fikiran. Parking kat pantai: Free

Setel bergambar, masa terluang nak layan shopping last minute (cenderamata yang terlupa beli) pun boleh kalau sempat.

13. Menuju ke parking lot Perth airport. Park kereta sewa. Inform ofis car rental dekat mana kita park kereta. Naik bas transit ke terminal airport. Tambang bas transit: Free

14. Sampai di Perth airport sementara tunggu kaunter check-in buka, duduk sebentar di Mattress Blue Bar menikmati Jem donut dan Hot chocolate. Harga: $11.20.

15. Beli majalah, nanti dalam flight boring. "NewPhilosopher" - What's wrong with the 'Do what you love' mantra? Website majalah: www.newphilosopher.com Harga senaskhah: $15

16. Flight pulang ke tanahair. Pengalaman melihat suasana berbeza, peluang bercakap dengan orang local tentang hidup di Perth (harga barang, kos hidup, kerajaan etc), memandu di jalan awam bersama pemandu-pemandu lain yang sangat berdisiplin (tak mungkin berlaku di Malaysia), berjalan setengah hari di bawah sinaran matahari tapi ketiak kekal kering = Priceless.

advertlets

nuffnang