Friday, 20 September 2013

Apa itu kemerdekaan

Ada pendapat menyatakan bahawa tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Jadi orang ramai yang melalui sistem pendidikan Malaysia ada yang terkejut tak boleh terima sebab berbeza dengan apa yang dibaca dalam buku teks dan jawapan dalam peperiksaan selama ini.

Dari satu sudut, tanah Melayu memang tak dijajah British, sebab apa yang telah berlaku adalah perjanjian antara raja-raja Melayu dan pihak British. Iaitu, raja-raja Melayu akan mengurus hal-hal berkaitan adat dan agama orang Melayu, manakala British akan mengurus hal berkaitan pentadbiran dan ekonomi. Ini adalah perjanjian yang dipersetujui.

Hanya di 3 tempat yang benar menjadi jajahan British iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Sebab? Sebab tak ada raja. Orang Melayu bernaung bawah raja. Raja mereka sudah sign agreement dengan British. Jadi orang Melayu yang duduk di bawah raja, terima sajalah.

Dan kita tahu British datang ke tanah Melayu ni sebab nak mengaut hasil bumi. Mereka ni pandai, datang ke sini kononnya nak bantu selesaikan masalah pergolakan antara orang Melayu dan bantu urus hal ekonomi. British nak tadbir ekonomi macam mana tu terpulanglah, janji ada 'masyuk' poket raja dan bangsawan pada masa tu.

Sepertimana apa yang sedang terjadi di negara-negara arab / timur tengah. Arab sama arab bergaduh, Barat deal dengan kalangan raja / pembesar tentang plan mereka, tentang berapa % masyuk poket masing-masing, bekalkan senjata atau pergi serang, diletak pemimpin-pemimpin boneka sambil kaut hasil minyak. Barat boleh kata mereka tak jajah, sebab pemimpin tempatan masih ada.

Modus operandi sama saja. Cuma dulu kena pada kita, sekarang kena pada orang lain, sebab sekarang minyak penting untuk ekonomi kapitalis.

Berbalik ke cerita tanah Melayu, jadi kesan perjanjian (samada suka sama suka atau terpaksa sebab ugutan) antara raja-raja Melayu dan pihak British menyebabkan orang-orang biasa tertindas kerana cara pentadbiran British. Sudahlah hasil bumi diangkut keluar, dikenakan pula cukai yang menekan.

Orang-orang Cina dan India dibawa masuk oleh British ke tanah Melayu untuk tujuan kegiatan ekonomi. Mereka meninggalkan kampung halaman kononnya untuk masa depan yang cerah, rupanya sudah kena trick.

(Lepas tu askar Jepun datang, duduk sekejap 2-3 tahun di Tanah Melayu. Orang-orang biasa suffer lagi dengan cara Jepun tadbir dan mula angkat senjata untuk merdeka. Jepun kalah perang, dan British datang balik.)

Jadi dalam kalangan orang-orang biasa terdiri dari orang Melayu, orang Cina, orang India, ada yang berjuang menuntut kemerdekaan. Macam-macam kumpulan wujud dan masing-masing dengan cara tersendiri. Termasuklah yang menyertai komunis. Termasuklah Chin Peng dan rakan-rakan.

Dikatakan komunis Malaya percaya kepada perjuangan menggulingkan British + raja, barulah kuasa akan berada di tangan rakyat = merdeka secara mutlak. Sebab pada mereka, both British dan raja banyak buat masalah pada orang biasa. Dalam peristiwa Bukit Kepong, askar-askar komunis yang terdiri daripada orang Cina dan Melayu menembak mati polis-polis (British) yang terdiri daripada orang Melayu.

Orang-orang biasa rasa mereka telah lama dijajah dan ada yang mengangkat senjata, tapi raja-raja dan golongan bangsawan mula rasa 'dijajah' hanya apabila British bercadang untuk menubuhkan Malayan Union. Dengan penubuhan Malayan Union, raja-raja Melayu akan hilang kuasa sepenuhnya.

Sebelum timbul Malayan Union, orang-orang biasa hidup di bawah perjanjian antara raja-raja Melayu dan pihak British. Disebabkan perjanjian ini orang-orang biasa hidup susah. Raja masih ada kuasa, cuma terhad. Secara teknikalnya tak dijajah. Semuanya sudah perjanjian.

Kurang lebih, macam kes TPPA. Tak perlu pun jajah Malaysia. Cuma perlu sign agreement dengan ke'raja'an Malaysia. Hasil ekonomi mereka kaut, ke'raja'an dan 'bangsawan' dapat keuntungan yang sedikit sesama mereka, akhirnya rakyat biasa yang akan tanggung kos. Bincang tentang TPPA pun senyap-senyap saja. Atas kertas semua nampak cantik seolah semua orang setuju walaupun tak diberitahu.

Hanya dalam kes jika kerajaan Malaysia diguling, dijatuhkan oleh kuasa asing, barulah itu namanya "dijajah".

Berbalik kepada cerita asal, jadi raja-raja dan bangsawan mulalah rasa tergugat kedudukan apabila British mahu memperkenalkan Malayan Union. Jadi berjuanglah mereka melalui UMNO.

British sedar tentang tentangan oleh orang-orang biasa menuntut kemerdekaan, jadi mereka cadangkan Malayan Union, tapi, raja-raja dan pembesar tak mahu hilang kuasa jadi berjuang melalui UMNO menuntut kemerdekaan.

British lebih senang berurusan dengan UMNO berbanding kumpulan yang menentang dengan bersenjata. Pendek cerita, kemerdekaan diserah kepada rakyat melalui UMNO.

Jadi apa ertinya 'kemerdekaan'? Kemerdekaan ialah peristiwa penyerahan kuasa daripada raja-raja Melayu kepada rakyat. Pada 31hb Ogos 1957, kuasa mentadbir diserahkan daripada raja kepada rakyat. Sebelum merdeka, kuasa di tangan raja yang 'dinasihat oleh British'.

Sebab tu goverment di Malaysia dipanggil 'kerajaan'. Sebab ia membawa sifat raja yang mempunyai kuasa mentadbir. Dan berkat hasil rundingan kemerdekaan tanpa perang antara British dan UMNO ni, raja-raja Melayu kekal (dan hidup senang) sehingga ke hari ini tanpa perlu turun pangkat jadi rakyat biasa.

Jadi kemerdekaan bukan semata bermaksud "bebas daripada penjajahan British". Definisi mana satu yang digunapakai kena faham..

advertlets

nuffnang