Saturday, 26 November 2011

Proton Saga FLX 1.3 CVT test drive

Semalam saya berpeluang pandu uji Proton Saga FLX 1.3 CVT milik rakan pejabat.

Saga FLX ni exterior sama dengan model FL.

Lampu depan terbonjol ada orang kata macam mata ikan. Grill, bumper pun simple & kemas tak ada lekuk-lekuk tambahan yang memburukkan design kereta. Tayar 14 inci, design lampu belakang kecil sikit dibanding dengan 1st generation BLM. Secara peribadi, bahagian depan kereta lepas facelift dah OK cantik, tapi design belakang saya lebih berkenan design masa BLM bila lampu belakang lebih besar daripada sekarang.

Kadang-kadang kereta bila facelift tak semestinya semua cantik, ada bahagian yang jadi tak cantik pun ada.

Terpulanglah.

Bila masuk ke dalam, saya suka seat depan ada bentuk dan rasa padat. Banding dengan seat competitor contohnya Perodua Myvi yang "terlalu rata". Dashboard sama seperti BLM, tapi warna lebih gelap (tempest grey) jadi nampak lebih kelas. Setengah orang tak ada masalah dengan dashboard plastik keras tapi pilihan warna penting supaya tak nampak terlalu murah.

Ruang kaki untuk penumpang belakang sangat luas, tak ada komplen tentang tu. Boot belakang pun luas.

Dari segi ruang dalaman dan bonet, Proton Saga memang berbaloi. Setengah kereta lain design memang cantik, tapi bila masuk dalam mak datuk sempit berlaga bahu berlaga kaki, boot pun tak besar mana.

Senang cerita, Proton Saga ni lebih kepada practicality berbanding style.

Driving Impression
Saya pernah memandu Proton Saga BLM transmisi automatik 4 kelajuan, dan kebetulan saya owner Proton Savvy manual. Disebabkan Saga BLM ni ibarat Savvy cuma dipanjangkan sampai jadi bentuk sedan, jadi karakter pemanduan ada kesamaan.

Kalau Savvy, tayar low profile, suspension lebih rendah, roof pun tak tinggi, jadi bila membelok kereta tak rasa membuang atau senget, steady saja.

Saga BLM pula dari segi steering feel, sudut membelok, cumanya tayar tinggi, suspension tinggi sebab penekanan mungkin lebih kepada keselesaan (comfort), roof kereta pun rasa lebih tinggi daripada Savvy, jadi bila membelok boleh rasa body roll lebih sikit (...sikit saja).

Dengan ingatan yang saya ada bila memandu BLM dan Savvy, sekarang, bandingkan dengan Saga FLX.

Saga FLX, katakan kereta nak masuk ke simpang kiri, tak perlu pulas steering beria-ria, tapi kereta corner cantik tak sampai termasuk lane sebelah. Berat steering cukup untuk pemanduan biasa dan sekali sekala pemanduan bersemangat.

Suspension rasa lebih firm banding dengan BLM, tapi taklah sampai ke tahap tak selesa. Bila langgar bump tak ada masalah, tak adalah sampai rasa nak tercabut buah pinggang. Kalau tanya saya, OK no problem.

Performance
Enjin masih sama 1.3 liter, tapi dengan transmisi CVT pada halaju bandar, enjin rasa lebih responsif dan kereta lebih laju walaupun kelajuan enjin maintain 2000rpm ke bawah. Dibanding dengan Saga transmisi automatik, untuk kelajuan kereta yang sama enjin kena rev sampai 3000rpm baru tukar gear. Salah satu kemungkinan kenapa Saga automatik kuat makan minyak. Gear ratio. Selain kerana enjin Campro tu sendiri.

Bila pakai transmisi CVT ni, enjin jadi linear dan licin tak ada jerk yang disebabkan oleh turun naik gear - sebab memang tak ada gear.

Tapi kereta bila semakin laju, saya perasan ada bunyi bising sikit, macam datang dari CVT (??).

Kesimpulan
Secara keseluruhan berpuas hati dengan Proton Saga FLX 1.3 CVT sebagai juara kereta tempatan. Design luar kekal simple dan kemas. Ruang dalaman luas, praktikal dan nampak agak kualiti walaupun mengekalkan komponen plastik. Bentuk seat selesa untuk pemanduan jauh.

"Steering feel" bagus dan direct (terima kasih Lotus).

Saya suka Proton sekarang sebab dah mula nampak ada progress dari sudut kejuruteraan dan refinement.

Jauh beza dengan zaman model-model awal Proton yang cuma asal siap pasang, janji ada rupa kereta. Safety pun kurang, kalau accident confirm mati "penyet", tersepit sebab chasis lembik macam tin milo.

Sekarang tak lagi. Dari segi keselamatan, handling, prestasi boleh bagi markah.

Cumanya harapan saya semoga Proton teruskan usaha supaya hasilkan enjin yang lebih efisyen, lebih jimat minyak daripada enjin Campro yang ada sekarang. Kalau boleh yang class leading.

Secara peribadi, saya berpendapat yang perlu diupgrade bukannya design facelift sebab design asal Saga BLM dah cukup bagus, bukan juga spoiler atau skirting yang tak memberi apa-apa makna dari sudut aerodinamik.

Yang perlu diupgrade ialah prestasi enjin (masih lemah dan hambar), mutu interior (plastik mutu tak bagus, nampak murah dan memang murah) dan drivetrain (CVT bising!).

Akhir kata, berbaloi tak beli Proton Saga FLX? Saya kata ya, berbaloi dan harga Proton Saga mesti kekal dalam lingkungan RM35,000-RM45,000.

Kalau lebih daripada harga tu, saya ugut lebih baik beli Perodua "lagi best, lagi laju, lagi mahal".

Sekian.

advertlets

nuffnang