Friday, 7 October 2011

Tentang hukum hudud

Hukum Islam itu luas dan sebahagian kecil daripadanya telah dikenalpasti dan diistilahkan oleh ahli fekah sebagai "hudud".

Hudud ialah istilah untuk hukum yang kadar pelaksanaannya sudah tetap (fixed) dengan jelas dalam AlQuran. Suka diingatkan lagi, hudud itu sebahagian daripada hukum Islam (hukum hudud adalah subset kepada hukum Islam) dan bukan 'keseluruhan hukum Islam' (hukum Islam sebenarnya sangat luas).

Jika reaksi kepada persoalan samada mahu atau tidak menegakkan hudud boleh mengklasifikasikan manusia kepada beriman, kafir, munafik atau fasik.. cabang-cabang lain yang ada dalam hukum Islam juga boleh menjadikan orang itu beriman, kafir, munafik atau fasik. Bukan hukum hudud sahaja.

Jika tidak melaksanakan hudud boleh menjadikan manusia itu kafir, munafik dan fasik, tidak melaksanakan pendidikan yang berasaskan tauhid juga boleh menjadikan manusia itu kafir, munafik dan fasik.

Tidak melaksanakan sistem ekonomi yang bebas daripada unsur riba (walaupun berlabel islamik) juga boleh menjadikan manusia itu kafir, munafik dan fasik.

Tidak melaksanakan politik yang bersih daripada rasuah, salahguna kuasa juga boleh menjerumus manusia ke arah kafir, munafik dan fasik.

Dalam melaksana ibadah ritual seperti solat, puasa, zakat pun manusia boleh terbahagi kepada beriman, kafir, munafik dan fasik.

Pendek kata, tidak melaksanakan mana-mana bahagian pun dalam hukum Islam (bukan hanya hudud sahaja) boleh mengklasifikasikan manusia kepada kafir, munafik dan fasik.

Dalam konteks sebuah negara, ada cabang-cabang hukum Islam selain hudud yang perlu didahulukan.

Bila cabang-cabang hukum Islam yang lebih kritikal dilaksanakan, hasilnya semua orang dididik dengan baik dan mempunyai akal dan tindakan waras sesuai sebagai seorang manusia, mempunyai kemampuan kewangan, cukup bekalan makan minum yang halal dan baik, lelaki menghormati wanita, wanita menjaga maruahnya, semua orang bersatu, tolong-menolong sebagai saudara, barulah kemudian hudud dikemuka untuk dilaksana, not the other way around.

Ada orang dakwa dengan melaksana hudud, kadar jenayah akan berkurangan, sebab orang akan takut buat jenayah. (Fear)

Kita boleh lihat real sample di negara-negara muslim yang lain, di mana hudud dilaksana dalam keadaan masyarakat bergelora, pendidikan tak sempurna, kewangan tak stabil, inflasi melambung, hutang bertimbun dan subsidi tak mencukupi, hasilnya hudud tak juga menyelesaikan masalah masyarakat, malah ada kes, hudud terdedah kepada salahguna oleh segelintir manusia yang meletakkan kuasa Tuhan di tangan mereka.

Salahguna hudud ni kemudian dimanipulasi oleh barat untuk dakwa Islam ni semata-mata kerjanya nak menghukum orang, dan hukumannya kejam. Orang Islam, yang konon berniat baik kepada agamanya telah mencemar dengan tangan sendiri.

Dalam konteks tempatan, kita ada hukuman gantung mandatori untuk kesalahan mengedar dadah, dan hukum penjara 20 tahun dan sebat untuk pesalah rogol, tapi realitinya masih ada orang yang kerjanya hisap dadah dan hobinya merogol. Hukuman berat semata tak menyelesaikan masalah yang sebenar (the real problem).

Kita menghargai usaha untuk melaksanakan hudud, cumanya reaksi sebahagian muslim bila isu hudud ini dibawa ke tengah, seolah-olah "hudud" adalah keseluruhan perjuangan menegakkan "hukum Islam". Banyak lagi cabang hukum Islam lain yang WAJIB dilaksana, dan jika tidak dilaksana akan berhadapan risiko kafir, munafik dan fasik. Bukan hudud sahaja.

Ibarat kalau dalam matematik, mula-mula kena kira nombor dalam kurungan dulu, kemudian operasi darab atau bahagi dahulu, kemudian baru tambah dan tolak. Not the other way around. Semangat saja tak cukup untuk mencapai penyelesaian kalau jalan kerja berterabur. Akhirnya dapat markah kosong walaupun tulis berjela-jela 'macam boss'.

Niat nak laksana hukum tu dah bagus, tapi kenalah ikut tertib yang mana dulu yang mana kemudian.

Dan nak dijadikan cerita, hudud yang orang tengah bising-bising sekarang merujuk kepada hudud yang disusun selia oleh ahli fekah, bukan merujuk kepada terminologi 'hudud' dalam Quran. Hudud dalam Quran merujuk kepada had, limit, batas dalam tindakan (tak semestinya jenayah). Hudud yang orang bergaduh sesama sendiri ni difahami sebagai hukuman ke atas jenayah, punishment.

Sebab tu yang terbayang dalam benak mereka bila sebut perkataan hudud ialah pancung dan potong tangan, padahal bukan itu maksud AlQuran.

Memahamkan setengah golongan masyarakat muslim tentang realiti hudud bukan mudah, sebab bila sebut saja perkataan hudud, terus tak mahu fikir secara objektif, terus reasoning ability switched off.

(Pendapat tokoh agama di sini)


“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.

Lalu baginda membaca firman ALLAH: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya ALLAH mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).


advertlets

nuffnang