Tuesday, 4 October 2011

Cabaran mendidik anak

Mukadimah
AlQuran diturunkan sebagai "petunjuk", salah satu hikmah ialah kandungannya sesuai diadaptasi dalam pelbagai situasi zaman. Kalau kita baca kisah-kisah sejarah dalam AlQuran pun kita dapat lihat walaupun manusia melalui pelbagai jenis zaman dan sistem masyarakat, tapi fundamental kepada masalah utama (problem), punca sebab (root cause) dan solusinya (permanent solution) tetap konsisten.

Jika AlQuran diturunkan sebagai "jawapan muktamad" bukan "petunjuk", manusia tak ada pilihan selain melaksana satu jenis pattern pelaksanaan sahaja. Hasilnya, manusia bukan lagi manusia, tetapi robot yang telah dipattern dengan program yang sama.

Contohnya, jika AlQuran kata semua kena pakai lebai, maka semua orang kena jadi lebai, tidak ada orang Melayu, Cina atau India, Pinoy dan sebagainya. Itu jika AlQuran diturunkan sebagai "jawapan".

Hakikatnya Tuhan mencipta manusia dengan bermacam-macam kepelbagaian budaya, pola fikir dan suasana masyarakat. Yang penting adaptasi kandungan AlQuran mesti bersesuaian dengan 'bismillah ar-rahman ar-rahim'. Iaitu kita melaksana perintah Allah sebagai hambaNya bersesuaian dengan sifat pemurah dan penyayang (compassionate and merciful). Bukan kita guna AlQuran untuk kekerasan.

Atau, jika AlQuran diturunkan sebagai "jawapan muktamad" untuk menerangkan seluruh fenomena yang ada di langit dan bumi, nescaya ia tak dapat dimuat sebagai kitab berjumlah 6,236 ayat. Ada kebarangkalian manusia akan ambil alasan ini untuk langsung tak baca dan ambil pelajaran. Sebab terlalu tebal.

Itu antara hikmah kenapa AlQuran diturunkan sebagai petunjuk, supaya manusia menggunakan kepala otak mereka untuk cari sendiri hasil penemuan (discovery) berdasarkan petunjuk yang diberi.

Mendidik anak mengikut zaman
Zaman dulu, keadaan kondusif untuk mempunyai ibu bapa dan cikgu yang garang. Halaman rumah terbentang luas tanpa pagar, sungai tidak tercemar, jiran-jiran menjadi mata-mata, tak ada hasutan TV, hiburan, dan gajet elektronik. Hidup mudah dan masa bergerak perlahan (mungkin).

Dalam masa 2-3 dekad sahaja, sistem masyarakat berubah dengan drastik. Rumah dibatasi oleh pagar, sungai dan udara semakin tercemar, ada penculik, perompak berparang, perogol bersiri di mana-mana, TV, drama, filem, media dengan berkesan memprogram otak manusia supaya bertindak ganas & kejam. Bayi tak berdosa dibuang ke dalam longkang dan tong sampah.

Masa berlalu pantas sebab multitasking, kerja pejabat semakin sibuk. Aktiviti manusia didorong oleh sistem ekonomi duit kertas berasaskan riba. Hutang sudah menjadi trend normal.

Mendidik anak memerlukan approach yang sesuai dengan cabaran / tantangan zaman. Anak-anak sekarang terdedah kepada persekitaran yang sudah tidak lagi memelihara prinsip-prinsip kemanusiaan walaupun yang asas. Muka bumi sudah menjadi "sekolah yang paling berbahaya" jika anak-anak tak dijelaskan cara untuk tangani.

Anak-anak mesti dijelas situasi yang berlaku dan bagaimana untuk membezakan. Kita tak boleh biarkan anak-anak menjadi mangsa situasi dengan alasan dah takdir zaman sekarang sudah macam ni.

Anak-anak mesti diasuh sebagai seorang manusia yang bertindak atas dasar rasional - bukan emosi walaupun berbunyi agama - dan kaedah pendidikan mesti mengambilkira keadaan zaman yang sudah berubah dan cabaran yang berbeza banding zaman dulu.

Dengan isu masyarakat yang semakin kompleks, ibu bapa tak mungkin dapat terangkan kesemua "do's and don'ts" yang ada dalam dunia ni, sebab tu fokus mendidik anak mesti kepada menghayati sifat dan sikap "adil" dalam semua perkara dan tindakan.

Adil = meletakkan segala sesuatu pada tempat yang sewajarnya.

advertlets

nuffnang