Friday, 9 September 2011

Sejarah dan Islam

Sejarah
Mentafsir sejarah mesti adil. Baik sejarah manusia, sejarah Islam, sejarah Melayu, Cina atau sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Dalam AlQuran juga banyak kisah-kisah sejarah untuk dibaca dan difahami sebagai pelajaran dan pengajaran. Tinggal nak baca faham atau baca tak faham (nak pahala huruf) saja.

Kita ni tak lebih dan tak kurang cuma "manusia yang hidup di atas muka bumi, yang beriman bahawa satu hari nanti segala tindakan kita akan dinilai".

Ya, ada penilaian.

Jadi sebagai makhluk ciptaan yang akan dinilai, pastinya dalam diri manusia itu ada baik dan buruk. Ada merit dan de-merit. Pasti ada, tidak boleh tidak ada. Paling hebat yang manusia boleh usaha ialah memberatkan bahagian merit berbanding de-merit supaya timbangan itu cenderung kepada merit.

Sejarah dicetuskan oleh tindakan manusia. Apabila tindakan itu memberi kesan barulah menjadi sejarah. Manusia yang tidak bertindak tidak akan mencetuskan sejarah. Oleh kerana sejarah berkaitan dengan tindakan, maka akan ada tindakan yang baik dan ada tindakan yang tidak baik. Yang bijak dan kurang bijak.

Ini adalah risiko membuat tindakan samada manusia yang bertindak itu secara individu atau berkumpulan. Samada kumpulan itu berdasarkan ideologi, agama atau perkauman pasti ada betul dan salah, bijak adil dan sebaliknya.

Tidak ada individu atau kumpulan yang bertindak, yang boleh terlepas daripada salah dan silap, walaupun membawa agenda perjuangan mulia.

Dan ini semua dicatatkan dalam sejarah.

Ini adalah sekecil-kecil pemahaman yang kita perlu ada bila mentafsir sejarah.

Islam
Ya, Islam itu berada di atas (kedudukan tertinggi) dan sentiasa di atas.

Tapi Islam yang bagaimana?

Ini satu persoalan yang jarang ditanya atau atas sebab musabab tertentu. Bagi orang yang berfikir, mereka tidak dapat menghalang diri mereka daripada menimbul persoalan ini.

Berapa ramai orang yang tukar agama bukan sebab mereka betul benci pada Islam, tapi sebab mereka diberi penerangan yang tersasar, oleh orang Islam sendiri, atau jawapan itu tidak memuaskan fikrah mereka. Ada yang menghidangkan cerita magic-magic mengatasnama "ini datangnya daripada agama" padahal kita sekarang di zaman moden dan teknologi.

Ataupun, sebab layanan yang mereka terima daripada orang Islam, atau islamic authority. Bila keadaan terdesak dan betul-betul memerlukan, bantuan tak dapat dengan alasan-alasan yang tak menyelesaikan masalah tapi claim "ini islamik".

Saya tengok juga video-video ex muslim yang tukar agama, initipati luahan ketidakpuashatian mereka sebahagian besar menjurus kepada sikap orang Islam (termasuk sikap religious authority), bukannya Islam itu sendiri.

Kalaulah Islam itu boleh dilakar pada sekeping kertas, dan ajaran Kristian juga boleh dilakar pada sekeping kertas, kemudian ditekap antara satu sama lain, kebanyakan ajaran dalam kedua-duanya adalah sama kecuali beberapa perkara dan yang paling ketara ialah beza akidah tauhid dan akidah trinity. Yang lain lebih kurang sama.

Jadi saya tak faham kenapa ada orang tukar agama melainkan ada sikap orang Islam yang mengurangkan keyakinan mereka sehingga convert.

Bukan salah agama, tapi pada penganutnya.

Orang Islam mesti reflect balik pada diri sendiri, apa sebenarnya yang mereka faham tentang Islam. Mempertahankan pegangan hidup secara ego tidak akan memenangkan agama sebaliknya merugikan.

advertlets

nuffnang