Saturday, 14 May 2011

Comparison: Proton Savvy vs Perodua Myvi

Proton satu jenama kereta tempatan yang sudah 20 tahun lebih berkecimpung dalam industri permotoran. Daripada syarikat kereta yang cuma re-badge model Mitsubishi, sekarang sudah mampu menghasilkan design kereta dan enjin sendiri.

Sejak akhir ni, Proton selalu highlight "ride & handling tuned by Lotus" sebagai catch phrase mereka.

Perodua satu lagi jenama kereta tempatan, basically pun re-badge model Daihatsu dan Toyota. Orang kata antara sebab sebahagian orang pilih brand Perodua berbanding Proton sebab kualiti model Proton yang dulu-dulu teruk. Semua benda nak tercabut.

Ada pembeli lebih yakin dengan reliability kereta Perodua hasil suntikan teknologi Jepun. Ada yang pilih kereta Perodua, macam rakyat pangkah parti alternatif dan menolak BN - kalau nak ibarat suasana politik - mendakwa sebab kecewa rasa tertipu model Proton yang dieksport lebih baik kualiti berbanding model yang dijual kepada rakyat. Harganya pula tidaklah murah mana walaupun keluaran tempatan, lainlah kalau gaji RM10 ribu.

Dari kacamata kerajaan, lebih baik rakyat beli kereta tempatan sebab jadi pendapatan negara. Dibandingkan duit akan mengalir keluar jika rakyat membeli kereta jenama asing. Jadi kerajaan mengenakan cukai import yang tinggi untuk model kereta asing, supaya boleh kutip duit.

Untuk berlaku adil, kalau tengok model-model terbaru Proton (Persona, Saga BLM, Savvy, Exora) kualiti jauh lebih baik daripada model-model sebelumnya. Proton sudah belajar daripada kesilapan - sikit atau banyak - cabaran sekarang ialah mengembalikan keyakinan rakyat.

Proton Savvy vs Perodua Myvi

Exterior
Savvy: Design depan nampak kemas, design bonnet unik macam topi. Design belakang Ok-ok saja, tidaklah buruk dan tidaklah menarik untuk dibuat 'profile picture'. Secara peribadi, design exterior lepas facelift lebih sedap dipandang setelah dibuang ekor kura-kura di bahagian belakang. Difahamkan ekor kura-kura itu mengambil konsep bentuk wau (huh?). Ekzos diletak di bahagian tengah seolah memberi hint kereta ini bercita-cita ingin menjadi sport car tetapi end up menjadi supermini.

Myvi: Design yang lebih mudah diterima global. Global design. Sangat seiras dengan Toyota Passo & Daihatsu Sirion. Design yang maximize ruang dalaman dan minimize ruang enjin. Kemas, tak ada design tambahan lekuk-lekuk, lengkung-lengkung, menampilkan identiti simple kereta ini sesuai digunakan untuk pergi ke pejabat, pergi shopping dan dipandu di bawah had laju dibenarkan (sepatutnya).

Interior
Savvy: Tekstur plastik untuk dashboard nampak keras dan menyakitkan kalau terhantuk kepala. Walaupun steering tak boleh diselaras tapi kedudukannya sebenarnya agak baik. Seat depan selesa dan supportive, boleh diselaras ketinggian untuk sebelah pemandu. Design console tengah tersusun kemas dan mudah dikendali, cukup besar tanpa mengganggu fokus ketika memandu. Di bahagian bawah steering ada compartment untuk letak smart tag, sesuai dengan keadaan jalanraya kita yang kerjanya mengutip tol. Ciri ini tidak terdapat pada kereta asing walaupun bertaraf mewah.

Yang menarik, side mirror diselaras secara manual pada zaman kereta-kereta sekarang pakai elektronik untuk selaras side mirror. Mungkin untuk kurangkan kos, atau untuk kurangkan komplen kerosakan dari pengguna di kemudian hari.

Myvi: Plastik dashboard nampak bermutu dan kualiti. Tekstur pada dashboard menampakkan seolah ia lembut seperti getah. Bila pegang baru tahu, plastik rupanya. Design console tengah ringkas, kemas dan mudah dikendali, tak ada butang-butang kecil yang mengerutkan dahi pemandu sebab mencari. Seatnya biasa-biasa sahaja, sangat rata kalau dibanding dengan Savvy yang lebih supportive. Ruang dalaman luas baik untuk pemandu atau penumpang belakang. Ini antara selling point kepada bakal pembeli yang berkira-kira tentang keluasan ruang dalaman.

Engine
Savvy: Pick up / acceleration dari behenti ke bergerak agak perlahan mungkin ada kaitan dengan teknologi drive by wire yang digunapakai. Bila floor pedal pun tak rasa speed. Tapi bila sudah bergerak, tidak banyak komplen speedometer terus bergerak tanpa masalah sehingga 170km/h. Bunyi enjin bising masuk ke dalam kabin ada orang suka ada orang mungkin tak, jadi radio kena tinggikan volume. Ramai owner yang memberi thumbs up sebab jimat minyak. Syabas kepada.... enjin.... Renault.

Myvi: Acceleration baik, sentuh saja kaki pada pedal kereta sudah memecut. Mungkin ini sebabnya pemandu-pemandu kereta Myvi suka memandu laju di lorong kanan lebuhraya mengalahkan kereta mewah seperti BMW dan Merc. Fuel efficiency bagus, bergantung kepada kelajuan dan cara pemanduan.

Suspension
Savvy: Mantap. Firm, stabil ketika mengambil selekoh. Sesuai dengan catch phrase yang diwarwarkan, "handling tuned by Lotus". Syabas kepada... Lotus, anak syarikat Proton yang menurunkan ilmu kepakaran dalam bab handling. Banyak review yang puji handling Proton Savvy antara yang terbaik dalam kelas supermini (Google: Proton Savvy handling).

Myvi: Walaupun sudah score agak baik dari segi exterior, interior dan enjin, tapi dari segi pengalaman ketika memandu sangat biasa seperti kereta-kereta lain dalam kelas sama yang terdapat di pasaran. Kereta rasa senget bila mengambil selekoh dengan semangat. Banyak kemalangan jalanraya melibatkan kereta Myvi, berpunca daripada pemandunya tidak dapat menahan kencing dan ingin cepat sampai ke rumah, berkesudahan kereta terbalik upside down, mungkin ada kaitan dengan suspension yang lembut. Sekurang-kurangnya Myvi jujur sebab fokus utama untuk kegunaan ulang alik ke pejabat dan shopping complex, bukan untuk tackle corners.

Kesimpulan
Savvy: Supermini yang jimat minyak, seronok dipandu. Sesuai untuk "budget enthusiast driver" yang tidak dilahirkan dari keluarga Datuk dan Tan Sri, atau keturunan raja.
Myvi: Supermini yang selesa sebab luas di dalam, mudah dipandu dan diparking. Sesuai untuk mereka yang ada pengalaman buruk dengan Proton. Atau mereka yang concern tentang 2nd hand value.

advertlets

nuffnang