majalah solusi online

Saturday, 8 January 2011

Contoh kos belanja kenduri kahwin

Contoh senarai perbelanjaan kenduri sebagai panduan bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Harapannya semoga bakal pengantin dapat gambaran apa yang perlu dipersiapkan dan berapa wang diperlukan.

Suka diingatkan, semakin grand kenduri yang anda rancang, semakin tinggi jumlah belanja kenduri.

Kad jemputan (1000 keping) = RM500 - 700
Sewa khemah / dewan = RM800 - 1500
Makan / Katering = RM 5000 - 10,000
Baju pengantin / Mak andam / Pelamin = RM1800 - 2000
Set katil untuk bilik pengantin = RM1600 - 3000
Kompang = RM200 - 400
DJ = RM300 - 400
Door gift = RM1300 - RM2000
Photographer = RM1000 - 2000
Hiasan dulang hantaran, bunga manggar dan lain-lain

Mas kahwin = ikut negeri
Barang hantaran = ikut bajet

Jumlah belanja = RM 12,000 - 20,000

Antara cadangan tips mengurangkan bajet kenduri kahwin:-

1. Print sendiri kad jemputan - tak perlu belanja mahal sangat sebab lepas habis majlis kesudahannya dalam tong sampah.
2. Gabung kenduri jika pasangan pengantin dari satu negeri.
3. Cari dewan orang ramai / komuniti yang sewanya tak mahal.
4. Jemputan hanya keluarga, saudara mara, rakan pejabat, kawan rapat, jiran - tak perlu terlalu ramai sampai tak kenal.
5. Ambil set baju pengantin, mak andam dan pelamin dalam satu pakej / daripada kedai yang sama, lebih jimat.
6. Khidmat kompang/DJ dari kawasan perumahan sendiri - biasanya ada upah pengangkutan kalau ambil dari luar.
7. Beri door gift makanan / kuih - terus masuk mulut, tak perlu bagi hadiah seperti pasu kecil etc. - selalunya membazir dan buat orang serba salah nak simpan ke tak sebab tak pakai.
8. Minta keluarga, saudara mara atau kawan untuk ambilkan gambar foto dan video.

Selamat membina masjid dengan tunai, seboleh mungkin elakkan berhutang.

Nasihat: jangan pinjam dengan ah long.


Malek Faisal
Putrajaya

advertlets

nuffnang