Thursday, 21 October 2010

Review: Proton Inspira

Macam-macam komen dalam internet mengenai Proton Inspira yang diumumkan baru-baru ini.

Ada yang kata, bagus ni dapat beli Lancer tanpa cukai.
Ada yang kata, habislah siapa yang dah terbeli Mitsubishi Lancer kena bayar extra RM40k.
Ada yang kata, apalah Proton dah tak ada idea copy daripada maker lain, padahal ada company lain yang pernah ambil tindakan sama atas dasar strategi bisnes supaya dapat terus survive dalam industri.

Ada yang kata, siapa kata beli Inspira jimat 40k? Padahal sebenarnya kena spend 80k untuk beli?
Ini kata foreigner spoilt oleh nikmat pilihan dan kualiti produk negara asal dia - BMW, Mercedes.

Apapun, secara peribadi saya teruja untuk tahu apa keputusannya nanti bila banding ride & handling Proton Inspira dengan Mitsubishi Lancer. Walaupun chassis dan engine datang daripada Mitsubishi, tapi seperti model-model Proton yang lain, suspension tuned by Lotus. Untuk saya, ini sajalah yang berbaloi follow up sebab tak ada plan beli kereta.

Ada juga yang concern tentang kualiti pemasangan bila dibuat oleh Proton.
So Proton, please do it right from the very beginning this time.

Kalau tanya saya untung ke tak beli.. sebenarnya beli kereta apa pun tak untung. Lebih-lebih di Malaysia yang rata-rata harganya mahal. Sebaik saja tayar bergolek keluar dari showroom, nilai kereta terus merosot. Persoalan berapa banyak kita sanggup "bakar" (burn) duit untuk memiliki kereta.

Atas kertas tulis harga 80k, kalau apply loan, bila habis bayar sebenarnya end up bayar katakan 120k, maknanya extra by 40k. Bila nak jual balik dah tak dapat dah harga asal 80k. Siapa yang menang dan kaya? Banks.

Rata-rata beli kereta pun sebab tak boleh berharap pada public transport.
Tak percaya, tanyalah pengguna komuter. Punctuality tidak ada dalam kamus pengangkutan awam.

Dalam konteks patriotik membeli produk tempatan, seharusnya proses patriotik bermula sejak saat skru dipasang lagi, bukan semasa rakyat membuat bayaran.

Proton nampak dah banyak improve sejak keluarkan model Persona dan ke atas (termasuk Saga BLM, Savvy, Exora). Kalau masih ada yang bashing, mungkin Proton kena pertimbangkan tukar nama supaya tidak dikaitkan dengan dosa-dosa lama.

advertlets

nuffnang