majalah solusi online

Thursday, 27 November 2014

Handling battle: Proton Iriz vs Ford Fiesta

Proton Iriz 1.3 Executive 5MT
Dalam kabin senyap, sebab ada insulation, tetapi saya perasan bunyi enjin tidak berapa enak (?). (Dalam jangkamasa panjang OK ke? Harap-harapnya).

Pedal clutch ringan, tak perlu pijak kuat, kalau tiba-tiba kena drive dalam traffic jam pun, pada pendapat saya, tak memenatkan. Release clutch pun tak tinggi sangat, just nice.

Kalau dibanding dengan gear manual Savvy (pendek dan padat), gear Iriz ni biasa-biasa sahaja pada saya. Agak panjang. Agak lembik. Tak rasa firm. Dia yang best bila masuk gear tu rasa padu, rasa "mechanical" - "kaching! kaching!" masa tukar gear-, bukan rasa notchy. Tapi gear Iriz ni agak rubbery lah kalau ikut standard saya. Boleh la, bukan teruk sangat, cuma hampa sikit.

Steering ringan, sesuai untuk pemanduan dalam bandar. Tak perlu banyak effort. Saiz steering pun just nice, pusing dengan sebelah tangan pun tak rasa macam ukurlilit besar. Ala-ala sporty lah.

Mengikut dakwaan salesman Proton, steering akan menjadi lebih berat berkadar dengan kelajuan kereta. Maknanya bila kereta ni dipandu di lebuhraya pada halaju tinggi, steering akan jadi sedikit berat.

Ride & handling pada saya memang tidak syak lagi Proton, sangat baik. Kereta ni akan pergi saja mengikut ke arah mana ia dihala. Stabil, tak ada rasa membuang, bila corner pun flat! Lagi satu bila langgar bonggol pun tak rasa macam nak tercabut buah pinggang. Setengah kereta bila dah tune ke arah sporty, rasa macam langsung tak ada absorber, bukan setakat buah pinggang, pankreas pun boleh tertanggal bila langgar bonggol atau jalan tak rata.

Saya test drive pun jalan yang halaju bandar jadi itu sajalah yang saya boleh komen. Tapi untuk kereta berharga bawah RM50k dapat handling baik macam ni, agak berbaloi, provided enjin tak buat masalah (but i smell trouble).

Ford Fiesta
belum lagi!

Monday, 22 September 2014

Owner's review - Peugeot 308 VTi 2009

Intro

Baru dapat surat untuk renew road tax kereta. Maknanya dah hampir setahun pakai kereta ni, terfikir nak tulis sedikit sebanyak review tentang Peugeot 308 VTi. Kalau-kalau lah ada yang terfikir nak beli kereta model ini dan inginkan pendapat daripada owner sendiri, boleh lah baca post ini.

Setahun yang lalu, saya terfikir nak cari kereta yang besar sedikit menggantikan kereta yang digunapakai pada masa tu - Proton Savvy. Dah kahwin, ada anak, jadi keperluan bonet belakang yang lebih besar, ada. Dulu saya pakai kereta Proton Savvy sebab nak kereta yang mudah untuk ulang alik ofis, sekali sekala jalan hujung minggu, jimat minyak dan mempunyai handling yang above average (thank you Lotus handling!), pada harga yang tak mengempiskan dompet, tetapi terpaksa pejam mata dengan kualiti kereta Proton.

Alhamdulillah, setakat saya drive Savvy, tak pernah rosak yang major. Sikit-sikit setakat sensor kotor tu adalah.

Jadi, masa nak cari kereta besar sikit, ada lah juga list down kereta apa nak beli. Secara umumnya, saya nak kereta yang berbentuk hatchback. Ford Focus, Mazda3, Hyundai i30, Suprima, Peugeot 308 termasuk dalam senarai.

Ok, pendekkan cerita, Ford Focus - yang lama / second hand, bukan model baru - walaupun handling nya menarik tapi interior pada saya tak cukup cantik - macam design orang tua - seat rata, design dashboard dan material, kualiti plastik yang digunapakai untuk interior tak memenuhi citarasa.

Mazda3 pula exterior kelihatan menarik, tapi setakat yang saya survey, hanya jumpa yang versi enjin 2.0. Kalau boleh nak yang enjin 1.6. Hyundai i30 masih agak baru, jadi tak ada 2nd hand yang dalam range budget.

Saya tertunggu-tunggu juga Suprima keluar masa tu, tapi bila tengok harga, alamak, tak masuk dalam range budget, terpaksa potong dari list. Ya lah, kereta baru launch. Lagi pun fuel consumption daripada enjin Campro tak meyakinkan. Beli mungkin murah, tapi pengguna Proton complain minyak tak jimat. Bukan saya cakap, owner Proton berenjin Campro sendiri cakap.

Review

Jadi tinggal Peugeot 308. 308 ni design exterior ni memang tak sama macam kereta-kereta lain, orang tak boleh kata kereta ni copy paste dari kereta brand lain. Tak ada. Kat situ sahaja dah good point +1. Design exterior seolah-olah macam mana masa ia mula dilukis oleh pereka, macam tu juga lah ia keluar dari kilang.



Tengok interior, material yang digunapakai memang berkualiti. Bukan plastik nampak murah punya. Tempat duduk pun selesa ada contour. Meter console pun nampak cool sebab besar dan warna putih. Aircond vent ada chrome di kelilingnya, nampak 'luxury'. Shift knob pun chrome. Cermin hadapan (windscreen) sungguh luas sampai atas kepala, sampai boleh nampak bintang bulan matahari dan awan.



Permukaan dashboard bila tekan dengan jari, rasa macam plastik / getah lembut, bukan plastik keras.

Saya bagi satu lagi +1 untuk interior Peugeot 308.

Dari segi keluasan, Peugeot 308 ni lebar, kalau seat belakang duduk 3 orang pun tak sempit. Kira 308 ni memang praktikal untuk menumpangkan maksimum 5 orang. Cuma, tempat duduk belakang, pada pendapat peribadi saya, agak tegak. Bila duduk kena duduk straight, tak boleh sandar sangat. Dan ruang kaki untuk penumpang belakang tak berapa luas. Tapi kalau fikir logik, untuk family car buat apa ruang kaki banyak-banyak di belakang, kalau yang duduknya anak-anak yang masih kecil, kanak-kanak atau remaja. Lagipun kita orang Asia, apa kaki panjang sangat ke sampai 2 meter?

Ruang boot belakang boleh dikatakan luas untuk sebuah hatchback. Saya guna benchmark, boot belakang mesti boleh masuk baby stroller pada masa sama masih boleh simpan beg atau barang shopping. Ataupun boleh masuk beg luggage saiz paling besar. Ok, dua-dua muat: lulus.

Untuk ruang, saya bagi +0.5, memenuhi kehendak saya tetapi tidaklah sempurna (tempat duduk belakang). Dalam tak sempurna tu, sebenarnya bagus juga, sebab kereta boleh maintain saiz yang tidak terlalu besar. Kalau nak besar sangat, baik beli MPV, buat apa cari hatchback, betul tak.

Dari segi enjin, kereta ni pakai enjin 1.6 liter, saya beli yang versi tak ada turbo (VTi). Ini terpulang lah kepada kehendak dan citarasa masing-masing, tapi saya seboleh mungkin tak ambil yang turbo, pemanduan saya contohnya ke pejabat cuma mengambil masa tak sampai 15 minit. Saya tak perlukan turbo. Kemudian kalau saya travel balik kampung, paling jauh pun sampai Melaka. Itupun tak sampai 2 jam. Saya tak perlukan turbo lagi.

Tapi, kekurangan enjin 1.6 VTi tanpa turbo ni - pakai pula transmisi automatik - bila dimasukkan dalam Peugeot 308 yang berat ni, ialah pick-up lambat. Jalan yang banyak berhenti dan jalan (stop-start) sangatlah tidak bagus, contohnya kalau masuk KL. Lebih baik pandu kereta yang ringan, seperti Savvy, atau Myvi.

Badan Peugeot 308 yang berat ni salah satu sebabnya ialah insulation supaya dalam kereta menjadi senyap. Badan yang berat ni bagusnya ialah stabil bila dipandu pada halaju tinggi. Jadi, Peugeot 308 ni sesuai untuk cruising di lebuhraya. Memang ini tempat dia perform terbaik. Kalau pakai fungsi auto-cruise, minyak lagi jimat walaupun pada halaju 110km/h.

Untuk prestasi enjin berbanding chassis berat, saya bagi +0.5.

Satu lagi sebab kereta ini berat kalau saya tak silap, sebab ciri-ciri keselamatan yang ada dalam Peugeot 308. Lima bintang untuk Euro NCAP (crash test). Untuk kita yang berkeluarga, keselamatan amatlah penting. Tambahan lagi, kereta ini ada child door lock, boleh enable dan disable dengan mudah. Tak adalah budak-budak main sampai terbuka pintu tengah-tengah jalan. Keselamatan penting terutamanya untuk kita yang berkeluarga!

Untuk keselamatan, saya bagi +1 !!!

Saya beli Peugeot 308 VTi model tahun 2009, jadi menggunakan transmisi AL4. Setelah setahun memandu, yang boleh saya katakan tentang transmisi, ini pun sesuai untuk cruising sahaja, pemanduan yang tak banyak stop-start, dan pemanduan di jalan yang hampir lurus, tak banyak shifting. Kalau jalan tu banyak bengkang bengkok, mulalah gearbox keliru, kejap rpm tinggi, kejap rpm turun. Bila masuk jalan bengkang bengkok, saya tukar dari auto mode ke manual mode, tukar gear manually.

Untuk transmisi saya bagi +0.5, sebab lebih sesuai untuk cruising.

Seperti sedia maklum, sebelum ini saya memandu kereta Proton Savvy, yang mana dari segi handling boleh dikatakan above average. Kalau jalan berliku-liku, tak perlu banyak tekan brek atau tukar gear, cuma perlu maintain halaju dan pusing steering. Best.

Bila saya bandingkan dengan Peugeot, mm.. dah tentu tak sama. Ciri-ciri mempunyai handling yang baik tu ada, tetapi ada beberapa tempat saya perasan bila ambil selekoh, terasa berat di bahagian hadapan kereta, tak berapa menuju ke arah yang kita steer. Tapi itu pun kalau dipandu dalam halaju agak tinggi. Kalau bawa biasa-biasa, tak ada apa-apa masalah.

Jadi, agak pelik jika saya kata, saya prefer handling Savvy berbanding Peugeot, disebabkan berat kereta (??). Saya baca review luar negara pun kata handling Peugeot 308 ni sedikit kurang umph berbanding pendahulu ranking handling dalam segmen kereta yang sama, Ford Focus.

Untuk handling, saya terpaksa bagi.. 0.5...

Kesimpulan

Adakah Peugeot 308 untuk anda? Kalau anda memerlukan lebih ruang, tetapi tidak mahu kereta yang terlalu besar 'bagak', mempunyai ciri keselamatan yang terbaik (5 bintang), lebih banyak memandu di lebuhraya berbanding jalan sesak atau berliku, mementingkan design yang cantik, dalaman yang berkualiti supaya 'presentable', orang tengok pun tak segan, mungkin ini kereta untuk anda. Peugeot 308.

Adakah saya berpuas hati dengan Peugeot 308? Ya, saya memang target cari family hatchback, enjin 1.6 dan kebanyakan masa memandu di lebuhraya berbanding jalan sesak atau berliku. Kekurangan yang ada pada 308 boleh dikompromi.

Adakah saya rekemen Peugeot 308 untuk semua orang? Tidak, saya tidak rekemen Peugeot 308 untuk semua orang apatah lagi pemandu majoriti. Kereta macam ni sesuai untuk orang yang tahu serba sedikit (tak semestinya banyak) tentang kereta. Ini bukan kereta start terus jalan janji isi petrol janji tukar minyak enjin.

Lagi satu, kereta macam ni tak sesuai untuk orang yang berkira tentang resale value. Lebih baik beli Honda atau Toyota. Ini kereta untuk orang yang tak mahu ikut mainstream (haha).

Dalam pengalaman setahun ni, masalah yang saya hadapi setakat ini ialah warning tentang 'ABS malfunction' kadang-kadang menyala. Bila matikan hidupkan semula enjin, error itu pun padam. Jadi kemungkinan besar masalah sensor sahaja. Tapi untuk orang yang tak biasa dengan common problem untuk kereta continental macam ni, pasti akan rasa seriau. Lebih baik pakai kereta yang tak banyak elektronik & sensor.

Lagi satu berdasarkan pemerhatian peribadi saya, Peugeot 308 versi Turbo terdapat yang mempunyai masalah pengumpulan karbon dalam enjin. Saya bukanlah pandai sangat tentang enjin, tapi ada kaitan dengan teknologi direct injection yang digunapakai dalam enjin, dan mungkin, kualiti minyak yang dijual di Malaysia. Saya tak tahu sangat, tapi saya dari awal elakkan dari masalah Turbo ni.

Lagipun zaman berseronok-seronok dengan kereta ni dah berlalu untuk saya. Dulu masa saya mengaji di negara matahari terbit, sempatlah juga pakai Honda Integra Type R - DB8. Sekarang dah tua sikit, tak payah lah nak type R type R turbo bagai.

Pakai kereta continental ni tak sama macam pakai kereta Jepun. Kena rajin buat research, dan kena tahu serba sedikit pasal kereta. Macam saya tak lah terer sangat, tapi tahu lah sikit-sikit sekurang-kurangnya terhindar lah daripada rosak-rosak yang pelik. Setakat tukar bulb lampu brek belakang tu ada lah, itupun buat sendiri.

Peugeot 308 facelift difahamkan menggunakan transmisi automatik 6 kelajuan (AT6), jadi kemungkinan pengalaman memandu lebih baik daripada peugeot 308 yang menggunakan transmisi AL4. Tapi saya tak pernah test drive jadi tak dapat nak confirmkan.

Dari segi maintenance biasa - setakat tukar minyak enjin dan oil filter - saya fikir kurang lebih sama sahaja seperti kereta lain. Kereta lain terutamanya yang baru-baru pun ada yang pakai minyak full sintetik. Cuma kalau rosak yang pelik-pelik tu, spare part lebih mahal berbanding kereta-kereta 'majoriti' seperti Honda, Toyota, Perodua atau Proton. Harga yang perlu dibayar untuk berbeza daripada majoriti. Tapi kalau tak rosak, agak berbaloi.



Peugeot 308 1.6 VTi 2009
Exterior 1.0
Interior 1.0
Space 0.5 (Rear seat leg room)
Performance 0.5 (1.6L naturally aspirated engine in a heavy car)
Safety 1.0 (crash test 5 stars)
Transmission 0.5 (Only good for cruising)
Handling 0.5 (Not class leading)
Resale value: 0.5 (Half price after only 5 years)

Overall: 5.5/8.0

Tuesday, 13 May 2014

Tips Melancong ke Perth - dari perspektif pengeluar modal

1. Mula-mula beli tiket kapal terbang ke Perth. Pergi balik. Harga mengikut musim, kadang-kadang ada promotion, dapatlah tiket flight murah. Harga tiket: Terpulang.

2. Lepas tu book hotel. Cadangan cari hotel betul-betul dalam bandar Perth. Senang, sebab ada pengangkutan awam yang efisyen dalam bandar Perth. Dua tiga hari yang pertama boleh pusing-pusing bandar Perth naik bas, tak perlu sewa kereta. Cuaca sejuk, jalan-jalan tak berpeluh ketiak. Cadangan: book Criterion Hotel untuk 2 ke 3 malam.  Link: https://www.criterion-hotel-perth.com.au/cgi-bin/criterion_hotel.htm  Satu malam $112.

3. Sebelum terbang jangan lupa mohon visa. Apply online saja, dalam 24 jam selesai. 
Link: http://easyeta.com/ 
Untuk tourist visa, satu orang $10.

Ok, naik flight, 5 - 6 jam sampai airport Perth.

4. Sampai airport Perth, cari kedai jual kad prepaid telefon bimbit (keluar2 pintu arrival dah nampak). Prepaid ni penting apa-apa hal nanti nak buat panggilan, dan juga untuk pakai aplikasi Waze (senang masa driving). Prepaid paling murah $30, valid sebulan.

5. Ambil teksi dari airport ke Criterion Hotel. Tambang satu hala: $56.

6. Sampai Criterion Hotel! Check-in, letak barang, pergi jalan-jalan!

7. Pusing-pusing kawasan blok sekitar hotel. Hay Street, Murray Street,... Macam-macam kedai ada. Kedai makan Malaysia pun ada! Nak makan nasi pun ada! Satu pinggan: $10.

8. Mula keesokan harinya, dah boleh pusing-pusing bandar Perth naik bas. King's Park, Bell Tower, Stirling Garden, Harbour Town, dan macam-macam taman dalam bandar. Dalam bandar Perth ni ada perkhidmatan bas percuma. Kos naik bas free (CATS): $0.  Link: http://www.lookatwa.com.au/Transport/cats.html

9. Setel dua ke tiga malam, check-out dari Criterion Hotel, pergi cari kereta sewa. Cadangan: Aries car rental. Kata kat dia masa pulang kereta nanti, kita nak parking kereta ni kat airport, senang. Kalau tak, jenuh nak hantar kereta kat bandar Perth lepas tu naik pulak teksi sampai airport. Link: https://www.ariescarrental.com.au/  Rental car: 1 hari $28.

Ada juga yang sewa kereta dari Bayswater car rental. Terpulanglah. Kalau Bayswater insuran kereta cover third party sahaja, kereta sendiri benjol, sendiri bayar. Sebab tu murah.

10. Sekarang dah ada kereta! Kena cari tempat menginap yang ada parking. Dalam kes kami, meneruskan penginapan di Scarborough Observation Resort. Satu malam: $77.

11. Dah ada kereta, pergilah jalan-jalan jauh sikit. Pergi Fremantle, E Shed Market (beli cenderamata, T-shirt di sini), Caversham Wildlife Park, Rockingham, Araluen, Mandurah etc. Pandu ikut halaju yang ditetapkan. Kalau disiplin macam saya dan kebanyakan orang di sini, petrol pakai 33 liter @ $50 sahaja untuk pemanduan 5 hari. Harga petrol 1 liter dalam $1.49. Kalau drive macam orang Malaysia kelam kabut macam "you are what you eat", saya tak tahu.

Saya cadangkan pakailah Waze, memang superb, 90% dijamin tak sesat. Lagi 10% saya reserve sebab ada satu kali nak balik ke city jalan jammed, saya ikut jalan jauh sikit tapi sedikit lengang (masa tu dah terer sikit).

12. Check-out hotel tepat masa, isi beg dalam kereta, jalan-jalan terakhir: Tengok pantai. Dekat depan Scarborough resort tu ada pantai panjang mengadap lautan hindi, boleh la nak bergambar, berkelah, tenangkan fikiran. Parking kat pantai: Free

Setel bergambar, masa terluang nak layan shopping last minute (cenderamata yang terlupa beli) pun boleh kalau sempat.

13. Menuju ke parking lot Perth airport. Park kereta sewa. Inform ofis car rental dekat mana kita park kereta. Naik bas transit ke terminal airport. Tambang bas transit: Free

14. Sampai di Perth airport sementara tunggu kaunter check-in buka, duduk sebentar di Mattress Blue Bar menikmati Jem donut dan Hot chocolate. Harga: $11.20.

15. Beli majalah, nanti dalam flight boring. "NewPhilosopher" - What's wrong with the 'Do what you love' mantra? Website majalah: www.newphilosopher.com Harga senaskhah: $15

16. Flight pulang ke tanahair. Pengalaman melihat suasana berbeza, peluang bercakap dengan orang local tentang hidup di Perth (harga barang, kos hidup, kerajaan etc), memandu di jalan awam bersama pemandu-pemandu lain yang sangat berdisiplin (tak mungkin berlaku di Malaysia), berjalan setengah hari di bawah sinaran matahari tapi ketiak kekal kering = Priceless.

Friday, 20 September 2013

Apa itu kemerdekaan

Ada pendapat menyatakan bahawa tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Jadi orang ramai yang melalui sistem pendidikan Malaysia ada yang terkejut tak boleh terima sebab berbeza dengan apa yang dibaca dalam buku teks dan jawapan dalam peperiksaan selama ini.

Dari satu sudut, tanah Melayu memang tak dijajah British, sebab apa yang telah berlaku adalah perjanjian antara raja-raja Melayu dan pihak British. Iaitu, raja-raja Melayu akan mengurus hal-hal berkaitan adat dan agama orang Melayu, manakala British akan mengurus hal berkaitan pentadbiran dan ekonomi. Ini adalah perjanjian yang dipersetujui.

Hanya di 3 tempat yang benar menjadi jajahan British iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Sebab? Sebab tak ada raja. Orang Melayu bernaung bawah raja. Raja mereka sudah sign agreement dengan British. Jadi orang Melayu yang duduk di bawah raja, terima sajalah.

Dan kita tahu British datang ke tanah Melayu ni sebab nak mengaut hasil bumi. Mereka ni pandai, datang ke sini kononnya nak bantu selesaikan masalah pergolakan antara orang Melayu dan bantu urus hal ekonomi. British nak tadbir ekonomi macam mana tu terpulanglah, janji ada 'masyuk' poket raja dan bangsawan pada masa tu.

Sepertimana apa yang sedang terjadi di negara-negara arab / timur tengah. Arab sama arab bergaduh, Barat deal dengan kalangan raja / pembesar tentang plan mereka, tentang berapa % masyuk poket masing-masing, bekalkan senjata atau pergi serang, diletak pemimpin-pemimpin boneka sambil kaut hasil minyak. Barat boleh kata mereka tak jajah, sebab pemimpin tempatan masih ada.

Modus operandi sama saja. Cuma dulu kena pada kita, sekarang kena pada orang lain, sebab sekarang minyak sangat berharga untuk ekonomi kapitalis.

Berbalik ke cerita tanah Melayu, jadi kesan perjanjian (samada suka sama suka atau terpaksa sebab ugutan) antara raja-raja Melayu dan pihak British menyebabkan orang-orang biasa tertindas kerana cara pentadbiran British. Sudahlah hasil bumi diangkut keluar, dikenakan pula cukai yang menekan.

Orang-orang Cina dan India dibawa masuk oleh British ke tanah Melayu untuk tujuan kegiatan ekonomi. Mereka meninggalkan kampung halaman kononnya untuk masa depan yang cerah, rupanya sudah kena trick.

(Lepas tu askar Jepun datang, duduk sekejap 2-3 tahun di Tanah Melayu. Orang-orang biasa suffer lagi dengan cara Jepun tadbir dan mula angkat senjata untuk merdeka. Jepun kalah perang, dan British datang balik.)

Jadi dalam kalangan orang-orang biasa terdiri dari orang Melayu, orang Cina, orang India, ada yang berjuang menuntut kemerdekaan. Macam-macam kumpulan wujud dan masing-masing dengan cara tersendiri. Termasuklah yang menyertai komunis. Termasuklah Chin Peng dan rakan-rakan.

Komunis Malaya percaya kepada perjuangan menggulingkan British + raja, barulah kuasa akan berada di tangan rakyat = merdeka secara mutlak. Sebab pada mereka, both British dan raja banyak buat masalah pada orang biasa. Dalam peristiwa Bukit Kepong, askar-askar komunis yang terdiri daripada orang Cina dan Melayu menembak mati polis-polis British yang terdiri daripada orang Melayu.

Orang-orang biasa rasa mereka telah lama dijajah dan ada yang mengangkat senjata, tapi raja-raja dan golongan bangsawan mula rasa dijajah apabila British bercadang untuk menubuhkan Malayan Union. Dengan penubuhan Malayan Union, raja-raja Melayu akan hilang kuasa sepenuhnya, dalam erti kata lain "dijajah".

Jadi secara teknikal, inilah titik bermula tanah Melayu dijajah. Sebab sebelum timbul Malayan Union, orang-orang biasa hidup di bawah perjanjian antara raja-raja Melayu dan pihak British. Disebabkan perjanjian ini orang-orang biasa hidup susah. Raja masih ada kuasa, cuma terhad. Secara teknikalnya tak dijajah. Semuanya sudah perjanjian.

Kurang lebih, macam kes TPPA. Tak perlu pun jajah Malaysia. Cuma perlu sign agreement dengan ke'raja'an Malaysia. Hasil ekonomi mereka kaut, ke'raja'an dan 'bangsawan' dapat keuntungan yang sedikit sesama mereka, penuhkan poket untuk anak beranak, akhirnya rakyat biasa yang akan tanggung kos. Bincang tentang TPPA pun senyap-senyap saja. Atas kertas semua nampak cantik seolah semua orang setuju walaupun tak diberitahu.

Hanya dalam kes jika kerajaan Malaysia diguling, dijatuhkan oleh kuasa asing, barulah itu namanya "dijajah".

Berbalik kepada cerita asal, jadi raja-raja dan bangsawan mulalah rasa tergugat kuasa apabila British mahu memperkenalkan Malayan Union. Jadi berjuanglah mereka melalui UMNO.

British sedar tentang tentangan oleh orang-orang biasa menuntut kemerdekaan, jadi mereka cadangkan Malayan Union, tapi, raja-raja dan pembesar tak mahu hilang kuasa jadi berjuang melalui UMNO menuntut kemerdekaan.

British lebih senang berurusan dengan UMNO berbanding kumpulan yang menentang dengan bersenjata. Pendek cerita, kemerdekaan diserah kepada rakyat melalui UMNO.

Jadi apa ertinya 'kemerdekaan'? Kemerdekaan ialah peristiwa penyerahan kuasa daripada raja-raja Melayu kepada rakyat. Pada 31hb Ogos 1957, kuasa mentadbir diserahkan daripada raja kepada rakyat. Sebelum merdeka, kuasa di tangan raja yang 'dinasihat oleh British'.

Sebab tu goverment di Malaysia dipanggil 'kerajaan'. Sebab ia membawa sifat raja yang mempunyai kuasa mentadbir. Dan berkat hasil rundingan kemerdekaan tanpa perang antara British dan UMNO ni, raja-raja Melayu kekal (dan hidup senang lenang) sehingga ke hari ini tanpa perlu turun pangkat jadi rakyat biasa.

Jadi kemerdekaan bukan semata bermaksud "bebas daripada penjajahan British". Definisi mana satu yang digunapakai kena faham..

Thursday, 22 August 2013

Review: Proton Suprima S

Minggu lepas saya berkesempatan melihat Proton Suprima dengan mata sendiri di showroom Proton Presint Diplomatik. Sebab selalunya kereta bila tengok dalam gambar tak sama macam tengok betul-betul.

Contohnya, lampu belakang Proton Suprima ada orang komen OK, ada orang komen kecil untuk kereta saiz macam tu. Jadi lebih baik kita tengok sendiri depan mata, baru boleh buat penilaian yang adil.

Keretanya diletak betul-betul depan kedai, berwarna biru, dengan bonet terbuka. Secara keseluruhannya, luaran nampak 'mantap', rapat tak ada gap besar. Kalau Proton zaman dulu-dulu kadang boleh nampak gap-gap besar, rongga antara pintu belakang dengan pintu depan, dengan fender, bumper macam tak rapat. Tapi dalam kes Proton Suprima, tak ada gap-gap itu, atau mungkin tak berapa ketara sangat.

Lampu belakang? Eh, Oklah cantik apa.

Dulu orang komplen body Proton lembik, macam tin milo, tekan sikit dah kemik. Tak selamat. Kalau eksiden mati macam ayam penyet. Tapi sekarang bukan lagi isu. Boleh kata body Proton Suprima ni keras setanding dengan kereta keluaran Jerman. Kalau tekan dengan jari, tak termasuk dalam. Bila buka tutup pintu pun, bunyi dia padat.

Masuk ke dalam bahagian penumpang belakang, luas dan selesa. Lutut tak cecah pun kerusi depan. Jadi Proton Suprima ni walaupun bentuk hatchback tapi sebenarnya tak kecil. Secara umumnya kalau nak tumpangkan orang lain pun tak adalah kita risau sempit ke tak selesa ke.

Duduk bahagian depan pula. Steering nampak sporty, dibalut dengan kulit. Ada paddle shift bergerak ikut pergerakan steering. Jadi masa cornering pun boleh tukar gear. Dashboard pun dibalut dengan material lembut, ringkas dan kemas.

Kemudian, kualiti plastik yang digunakan dalam kereta, secara peribadi 'boleh diterima' untuk "standard kereta-kereta pasaran Malaysia", tapi kalau mahu berjaya di pasaran luar negara wajib diperbaiki (Contohi interior peugeot kalau masih nak pakai plastik).

Kalau model Proton Saga, kita pun tahu memang kereta budget. Dashboard 100% plastik keras pun tak apa, kita tak pernah komplen. Memang bagus, supaya boleh jual murah pada harga bawah RM40k.

Tapi, Proton Suprima TAK MURAH, antara RM76k-79k. Malah, lebih mahal daripada Proton Preve. RM79k tu nak kata murah, sebenarnya tak murah, tapi belum capai RM100k, jadi macam mana? RM79k untuk sebuah 'perusahaan otomobil NASIONAL' aka Proton.

Proton mungkin claim harga macam ni sebab Suprima ni ada macam-macam feature dan ciri keselamatan.

Bila sebut "Proton", kita expect kereta yang mampu beli dan mampu pakai oleh "orang kebanyakan Malaysia". Mungkin untuk model Suprima ni Proton lebih fokus untuk pasaran luar negara yang mana sistem cukai dan kadar tukaran matawangnya lebih baik dan mampu daripada di Malaysia.

Enjin masih pakai enjin Campro, diturbokan. Jadi boleh expect minyak hanya jimat jika pusing litar bulat pada kelajuan 80km/j tanpa tekan brek. Dalam real world, siapa yang pakai Proton tahu lah.

Test drive tak dapat buat sebab hari kerja sahaja boleh. Sabtu Ahad tak boleh.

Adakah berbaloi beli? Saya fikir berbaloi kalau appreciate handling Lotus. TAPI, setengah orang kalau ada duit, tak beli Proton. Kalau Proton boleh keluarkan versi lebih murah - 'versi SV' - sebenarnya lagi bagus.

Sekian.

Wednesday, 31 October 2012

Lidah kebas lepas scaling

Tiga minggu lepas saya pergi klinik gigi untuk appointment scaling (cuci gigi). Dah lama juga tak jumpa dentist. Sampai saja dalam bilik klinik, dentist tanya kalau ada sakit kencing manis, tekanan darah tinggi etc. "Tak ada". Jadi kerja scaling bermula.

 Masa scaling, tak tahu lah rasa sakit sikit tu normal ke tak normal, ke sebenarnya sendiri takut jumpa dentist..

Selesai scaling, dentist pesan balik nanti kumur dengan air garam.

"OK..."

Nak jadikan cerita, lepas buat scaling tu, lidah sebelah kiri rasa kebas, macam tak boleh gerak. Nak sebut S tak boleh, jadi THH. Tak pernah-pernah macam ni, jadi pelat.

Tak pernah-pernah lidah jadi kebas lepas jumpa dentist. Dulu-dulu jaman muda-muda jumpa dentist cabut gigi ok je.

Jadi google la kot-kot ada orang yang senasib.

Memang ada.

Kes "numb tongue after dentist appointment".

Mungkin masa buat scaling, dentist terlebih cucuk sampai terkena saraf dipanggil 'lingual nerve' sampai injure saraf lidah. Bergantung pada tahap kecederaan, ada yang ambil masa berhari, berminggu atau berbulan akan sembuh. Ada yang syorkan ambil vitamin B12 untuk bantu bina tisu saraf. Sebaik-baiknya jumpa balik dentist terangkan situasi.

Seminggu lebih jugalah baru baik, sekarang dah boleh sebut S semula (Fuh..).

Jadi kalau ada siapa yang terkena, jangan gabra. InsyaAllah, bila saraf dah rebuild masalah selesai. Cuma sementara nak baik tu, jadilah pendiam dan pemikir masalah negara sekejap.

Monday, 29 October 2012

Proton Preve Hatchback with Petronas E01 engine

Ada khabar kata Proton (sekarang bawah DRB Hicom) akan keluarkan model baru Proton Preve dalam bentuk hatchback, dan akan guna enjin Petronas E01.

So apa kita boleh expect?

Exterior - Design depan mungkin masih kekal macam Preve sedan, atau ubahsuai sikit grill & bumper supaya lebih sporty sesuai dengan imej hatchback. Panjang kereta daripada 4.5m jadi 4.3m.

Interior - Mungkin sama macam Preve sedan, cuma ubah pilihan warna sesuai dengan imej sporty hatchback. Kalau boleh plastik yang nampak 'kemurahan' diperbaiki lagi kalau benar nak bersaing dalam pasaran global. Sebenarnya interior banyak pakai plastik tak apa tapi mesti jenis berkualiti tak nampak murah (look cheap). Orang beli Proton tak expect pakai banyak fabric & leather macam dalam kereta BMW atau Mercedes.

Enjin - enjin E01 ni kalau ikut spesifikasi boleh produce 100ps/liter. Powerful. Kalau nak ikut Ford Focus sebagai benchmark, boleh de-tune ke range 160-170ps dan mesti memenuhi kehendak standard euro 5 / 6. Cuma main concern sekarang ialah kita tak pasti macam mana fuel consumption rate. Harapnya tak duka macam Campro.

Suspension & transmission - Proton setakat ni tak mengecewakan dari segi ride & handling. Alang-alang dah hatchback, handling mesti ke arah sporty berbanding comfort. Preve hatchback mesti seronok dipandu. Bila orang test drive tak putus-putus senyum sebab handling best, itu baru namanya pencapaian. Kalau ada transmisi manual lagi bagus.

Harga - kalau ada versi transmisi manual, harga mungkin mula dari lingkungan RM50-55k. Sepatutnya hatchback lagi murah daripada sedan.

Tengoklah macam mana strategi Proton, awak yang nak jual kereta.

Sunday, 21 October 2012

Matlamat beragama

Dalam dunia ni ada beribu-ribu jenis agama, atau cara hidup yang dianuti penduduk dunia bernama manusia. Mengikut perangkaan, antara agama utama dalam dunia ialah Kristian, Islam, Buddha, Hindu etc.

Kebanyakan nama agama sebenar-benarnya nama yang diberi oleh manusia, bukannya agama itu yang menamakan dirinya. Contohnya, Hindu merujuk nama sungai iaitu sungai Indus. Apabila British datang ke India kemudian perhati cara hidup penduduk di kawasan sungai tersebut, lalu menamakan cara hidup itu sebagai Hindu untuk memudahkan klasifikasi. Padahal agama Hindu tak pernah menamakan agamanya sebagai Hindu malah dalam kitabnya sendiri.

Cara hidup Buddha mengambil nama sempena Gautama Buddha, walaupun Buddha tak pernah menamakan ajarannya dengan apa-apa nama. Nama agama Buddha timbul semata-mata untuk memudahkan klasifikasi.

Kristian, nama kepada sejenis agama yang percaya kepada Tuhan yang satu, disampaikan oleh Jesus Christ, (atau Nabi Isa AS dalam Islam). Berlaku satu konspirasi sehingga Jesus ditangkap untuk disalib. Maka pengikut-pengikut ajaran Jesus Christ dinamakan pengikut agama Kristian, walaupun Jesus Christ tak pernah menamakan dakwahnya sebagai "Kristian", atau sesiapa yang nak masuk syurga mesti jadi orang "Kristian". Orang-orang yang terkemudian yang menamakan agama itu sebagai Kristian.

Islam, ramai orang salah anggap bahawa perkataan "Islam" semata-mata nama sejenis agama. Islam yang disebut berkali-kali dalam AlQuran sebenarnya merujuk kepada "state of mind manusia yang berserah hidup sepenuhnya kepada Tuhan yang satu". Bahawa yang dinamakan orang Islam atau muslim itu, ialah orang yang single minded tentang pemikiran dia, percakapan dia, dan tindakan dia semata-mata untuk Tuhan yang satu, bukan ada tujuan lain dan kepentingan lain selain Tuhan yang satu. Itu maksud sebenar "cara hidup Islam", bukan Islam itu sejenis label nama agama.

Kenapa manusia itu asal-usulnya satu iaitu dari keturunan Adam AS - semestinya satu cara hidup - kemudian berpecah kepada banyak golongan cara hidup, itu adalah persoalan yang manusia kena rungkai sendiri. Tapi disebabkan kekangan bahasa (language barrier), maka usaha rungkaian menjadi sukar, dan tak ramai orang fancy dengan benda-benda yang susah. Memeningkan, dan tak menjamin makanan di atas meja.

Perkataan agama, religion itu sendiri pun dah menjurus kepada "kepeningan". Sebahagian orang barat memberi definisi religion sebagai 'set of beliefs'. Jadi pada mereka orang yang beragama ialah orang yang "percaya-percaya" kepada sesuatu. Ada orang "percaya-percaya" bahawa tuhan mereka berupa seakan seorang manusia, berwajah seperti Morgan Freeman, berbaju serba putih, duduk di atas awan, dan melihat manusia (secara literal) dari atas.

Dan nak dijadikan cerita majoriti penganut-penganut agama di dunia adalah daripada legasi keturunan. Bukan sebab mereka mengkaji kemudian pilih. Ramai orang masuk Islam setelah mengkaji dan buat perbandingan agama. Dan tak dinafi ada juga orang yang keluar Islam, sebab mereka mengandaikan apa yang dilakukan oleh majoriti orang Islam - yang menganut agama kerana legasi keturunan / "agama ikut-ikutan" - lalu menyatakan Islam ini agama yang confusing, lalu ambil keputusan keluar agama, pun ada.

Adapun antara matlamat utama beragama, supaya manusia sedar dan faham bahawa hanya ada satu "law", atau hukum yang mentadbir perjalanan seluruh alam semesta dan ia standard. Dan bahawa "law" ini mementingkan keseimbangan (balance).

Contoh dalam hukum newton ketiga, apabila satu daya dikenakan, pasti akan ada daya tindakbalas bertentangan.

Apabila kita ambil satu tindakan, pasti akan ada reaksi tindakbalas samada dari manusia, atau dari alam. Contoh, jika suatu kebaikan yang kita buat secara sembunyi dan tidak terbalas di dunia disebabkan tidak diheboh-heboh kepada manusia lain, maka pada alam selepas mati akan ada tindakbalas - atau kita dibiasakan dengan istilah "balasan setimpal" - terhadap tindakan-tindakan yang pernah dilakukan.

Jadi kalau ada orang yang berfikir boleh buat kerosakan di dunia dengan andaian akan terlepas daripada hukuman, sesungguhnya akan dibalas pada alam lain. Sebab Tuhan mentadbir alam semesta, mementingkan keseimbangan. Ia pasti akan dibalas setimpal, untuk mencari titik keseimbangan.

Jadi, dalam AlQuran (chapter 5 verse 69) menyatakan siapa saja yang beriman kepada Allah ("The God")(pemilik "The Law") dan beriman kepada hari akhirat (alam kemudian yang beri balasan setimpal demi memenuhi sains keseimbangan), dan banyak buat baik (atau lebih tepat dan spesifik: "beramal soleh"), maka tidak ada kebimbangan bagi mereka.

Saturday, 15 September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Komen)

Bahawa pendidikan itu secara asasnya ada 3 tujuan:-

1) mendidik kemanusiaan - "humanity" - (sifat-sifat mulia sebagai insan)
2) mempelajari skil sesuai dengan keadaan zaman (contoh: ekonomi, teknologi, food supply etc.)
3) memelihara keseimbangan dalam hal kemanusiaan dan keperluan zaman (dengan memahami nilai-nilai universal & tujuan penciptaan)

Dan bahawa manusia perlu memenuhi ciri tertentu untuk menjadi manusia yang baik, atau insan. Kalau manusia tidak berkelakuan seperti manusia yang sewajarnya, maka kita panggil 'manusia cuma pada nama', walaupun mempunyai segulung kelulusan.

Sama juga bila kita sebut tentang sebahagian orang Islam yang tak berkelakuan atau bertindak sejajar dengan ajaran Islam, kita kata 'ni Islam cuma pada nama'.

Proses pendidikan kritikal dalam pembentukan seorang manusia yang wajar (insan). Seorang insan bukan semestinya lulusan dengan susunan A pada sijil.

Permasalahan pendidikan yang ada sekarang ialah obsesi terhadap bilangan A tetapi semakin pudar kualiti dan nilai. Secara peribadi saya memanggil fenomena ini sebagai 'inflasi A'. Di mana kita terlalu menekan kepada skor A dalam keputusan peperiksaan, terlalu sibuk menghabiskan waktu malam di kelas tiusyen, tapi hasil sebagai seorang manusia, tak baloi.

Sampaikan ada kes pelajar yang tidak dibenarkan ambil peperiksaan kerana pihak sekolah mahu menjaga rekod kelulusan. Kerana obsesi dengan peratus kelulusan dan bilangan A.

Jenayah pelajar semakin meningkat dan semakin bombastik. pukul buli sampai mati, rogol rakan sebaya bergilir-gilir, pukul cikgu, bunuh pensyarah, rompak bersenjata, hisap dadah, dilakukan oleh pelajar sekolah. Apabila benda ini dikemukakan kepada umum, jawapan pihak atasan mudah, 'ini kes terpencil dan keadaan masih terkawal'.

Ada guru besar, pengetua yang seboleh mungkin cuba menyembunyi kes-kes salahlaku pelajar kerana mahu menjaga rekod sekolah, dan semestinya rekod mereka sendiri.

Pendidikan Malaysia mesti keluar daripada kesilapan lalu dan kembali kepada tujuan sebenar pendidikan.

Sayang kita ada falsafah pendidikan negara yang sangat cantik, tapi falsafah tinggal falsafah yang hanya difahami oleh pengarangnya, manakala mereka yang bertanggungjawab dalam sektor pendidikan seakan tidak faham maksud yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara.

Lagi satu permasalahan sistem pendidikan kita, gagal membentuk identiti kebangsaan dan kefahaman sivik seragam merentasi perbezaan etnik dan agama. Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain berfikir dalam frekuensi berbeza dan dalam partition masing-masing. Nak sama-sama pastikan jalanraya awam kita selamat pun tak mampu, sebab masing-masing fikir lain-lain.

Kita mengharapkan dengan adanya pelan pembangunan pendidikan ini, pelajar dibentuk dengan karakter yang layak dipanggil manusia (character building). Apabila mereka sudah terlepas ke dalam masyarakat, kemudian menunjukkan punggung ke arah gambar pemimpin, sudah terlambat untuk diperbetulkan.

Dan seperti kita sedia maklum, hukuman keras semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah.

(Komen peribadi seperti di bawah)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Komen:
1. Sekolah kebangsaan mesti ke hadapan dalam menyediakan pendidikan berkualiti antarabangsa, jauh meninggalkan sekolah-sekolah jenis lain, termasuk sekolah persendirian.

2. Penekanan mesti kepada kemahiran perbualan (conversation), dalam kebanyakan masa bahasa diguna untuk perbualan, atau untuk pembentangan / presentation. Sekurang-kurangnya, tak pernah lagi terjadi bila orang tanya sesuatu dalam bahasa Inggeris, mula-mula ternganga, lepas tu ambil pen tulis atas kertas tunjuk pada orang yang tanya.

3. Cara fikir rakyat secara keseluruhan mesti diperbaiki, kalau tak, susah nak melangkah maju, masih bersangkut pada isu-isu 'kitar semula' (termasuk isu politik, agama dan perkauman) setiap tahun.

4. Profesion guru mesti kembali berada di pilihan atas. Sekarang orang pilih profesion berdasarkan yang mana beri banyak duit (hence lebih kiasu), berbanding berdasarkan nilai sumbangan (contribution).

5. Guru besar dan pengetua mesti jujur dan amanah, bukan sembunyi kes sebab nak jaga rekod. Akibatnya, menghasilkan rekod yang tak benar / laporan yang tak 'real'. Apabila sudah terlepas ke dalam masyarakat, mustahil untuk patah balik.

9. Platform untuk terima input daripada ibu bapa, komuniti dan sektor swasta mesti sentiasa terbuka dan berterusan, supaya pendidikan respon kepada perubahan dan cabaran baru.

10. Setuju, pelaburan kena berbaloi. Kalau sudah belanja ribu juta tetapi peningkatan cuma 2-3%, akan membuka kepada persoalan.

11. Elakkan bermain dengan graf dan statistik yang tak melambangkan realiti / situasi yang sebenar. Peningkatan bilangan A semata tidak melambangkan progres, sebaliknya muncul fenomena 'inflasi A'.

Wednesday, 15 August 2012

Apa erti menyambut aidil fitri

Dalam Islam ada dua perayaan utama, iaitu aidil fitri dan aidil adha. Setengah negara menggunakan ejaan eid ul fitr dan eid ul adha.

Beberapa hari lagi kita akan merayakan salah satu perayaan umat Islam iaitu aidil fitri.

Sambutan aidilfitri adalah simbolik menandakan berakhirnya tempoh ibadah berpuasa selama sebulan di bulan ramadan. Aidilfitri ialah hari kemenangan di mana manusia 'secara simbolik'nya telah kembali kepada fitrah (samada benar sekadar simbolik atau real, tergantung pada kadar usaha) setelah 'menahan diri' secara ritual daripada makan minum, dan secara actual iaitu daripada perkara-perkara yang sia-sia, di samping menambah aktiviti ibadah contohnya secara ritual membaca alquran untuk pahala huruf, dan secara actual 'memahami isi kandungan' supaya AlQuran benar-benar berfungsi sebagai petunjuk dalam hidup.

Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah kemudian ibu bapanya yang menjadikan dia yahudi atau nasrani. Put aside sekejap apa sebenarnya dimaksudkan dengan yahudi dan nasrani, yang penting kita tahu apa yang dimaksudkan dengan 'keadaan fitrah', supaya kita jelas apa expected outcome / result daripada ibadah puasa selama sebulan. Otherwise, imaginasi kita sahaja yang beranggapan kita 'telah berpuasa sepertimana yang disyariatkan'. Assumption.

Selain puasa sebulan ramadan, kita juga disunatkan puasa 6 hari dalam bulan syawal. Mereka yang berpuasa sebulan ramadan dan 6 hari syawal, seolah-olah berpuasa selama setahun (360 hari). Dalam erti kata lain, kalau puasa kita benar, karakter kita sepanjang tahun sehingga datang ramadan akan datang adalah karakter 'orang yang menahan diri'.

Karakter orang yang menahan diri ialah orang yang menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan memperbanyakkan ibadah pembaikan diri termasuk membaca AlQuran sebagai petunjuk (bukan sekadar pahala huruf).

Ritualnya (menahan diri daripada makan dan minum) cuma sebulan + 6 hari, tapi actualnya ( = penghayatan sebenarnya) sepanjang tahun.

Semoga kita antara orang yang meraikan erti sebenar hari kemenangan kembali kepada fitrah.

InsyaAllah.



*** Dalam bulan ramadan kita dianjurkan supaya perbanyakkan tadarus alquran. Maksud sebenar perkataan tadarus ialah 'mempelajari'. Mempelajari sudah tentu bermakna pembaca faham apa yang dibaca. Pun begitu membaca untuk pahala huruf kelihatan tak salah, cuma tak berapa mencapai matlamat sebenar 'tadarus'.



Monday, 6 August 2012

10 Smart Things I've Learned from People Who Never Went to College

I grew up in an extended family of folks who for the most part didn’t attend college. Many of them were working full time before they left high school, and a few (like my father) went to night school after they’d already been working for a long time. 

From an early age my perspective was steeped in wisdom from those who never went to college, but managed to live fulfilling lives just the same.  Here are ten things they and others I’ve encountered along the way have taught me.

http://www.forbes.com/sites/daviddisalvo/2012/08/02/ten-smart-things-ive-learned-from-people-who-never-went-to-college/

Wednesday, 1 August 2012

Puasa ramadan bukan semata berlapar

Berpuasa secara zahir kelihatan seperti ibadah 'tak makan dan tak minum'. Bila kita cerita dengan orang 'apa itu puasa' pun, kita highlight pada 'tak makan dan tak minum'. Padahal tak makan dan tak minum adalah pre-condition kepada berpuasa, bukan keseluruhan matlamat berpuasa.

Apabila kita terlalu fokus kepada perkara tak makan dan tak minum, maka hasil daripada aktiviti puasa ini ialah perut yang lapar dan turun berat badan. Bila waktu berbuka puasa, ada yang makan berbuka seperti 10 hari kebulur tak makan.

Matlamat puasa sebenarnya supaya kita kembali kepada keadaan fitrah.

Ini matlamat sebenar puasa. Ini sebab utama kita memasukkan diri kita ke dalam pre-condition 'menahan diri daripada makan dan minum'. 

Ibarat macam kita nak pergi ambil exam. Persediaan minimum ialah alat tulis, pre-condition ialah mesti datang ke dewan peperiksaan pakai uniform sekolah dengan lencana sekolah dan name tag. Kalau datang pakai baju casual tak dibenarkan ambil exam walaupun dah hafal semua sifir 2 sampai sifir 11. Tujuan masuk bilik exam ialah untuk jawab soalan kemudian lulus, bukannya semata nak tayang uniform sekolah baru beli dekat Tesco. 

Otak kita berfungsi seperti CPU komputer. Dalam hari-hari biasa, otak kena allocate peratus yang agak besar kapasiti CPU untuk proses cerna makanan. Sebab tu kadang-kadang kita jadi sluggish bila lepas makan dan jadi malas berfikir yang berat-berat. Tapi bila kita tahan diri daripada makan dan minum, hampir sebahagian besar daripada kapasiti CPU otak boleh fokus kepada proses 'mengembalikan diri kepada fitrah'. 

Sebab tu baca Quran dalam waktu puasa sangat signifikan dan sangat dianjurkan. Waktu puasa ni lah otak mudah digest apa yang dibaca dalam Quran, yang mana pada bulan-bulan biasa kita jadi malas nak fikir yang susah-susah, dan ambil shortcut 'berserah saja pada manusia lain'.

Jelas baca Quran yang dianjurkan ni ialah baca dalam konteks baca yang sebenar, iaitu baca dan tahu maksud apa yang dibaca. Sama ada kita faham maksud dalam bahasa arab atau kita usaha untuk cari terjemahan dalam bahasa yang kita faham.

Kalau dulu kita pun blur nak tanya ustaz soalan apa, balik-balik soalan stereotaip balik-balik bab fekah, bila kita buka Quran maka kita akan jumpa banyak persoalan yang selama ni kita ingat apa yang berlegar-legar dalam masyarakat itulah agama, padahal dalam Quran kata lain, yang boleh buat ustaz pun tercengang dengan soalan kita. Inilah masanya untuk discover kebenaran tu.

Wednesday, 23 May 2012

Malaysia: mampukah menjadi negara maju?

Lagi 8 tahun, Malaysia dijangka akan menjadi negara maju mengikut Wawasan 2020. Tapi nampak gayanya, belum ada rupa seperti ke arah negara maju. Suasana sosial masih belum seperti sebuah negara maju. Identiti kebangsaan masih kabur, tiap-tiap etnik hidup dalam partition masing-masing, masih buat tuntutan-tuntutan yang hanya untuk kepentingan etnik, alasannya: "hak kami termaktub dalam perlembagaan".

Maju bukan semestinya bermaksud mesti ada bangunan tertinggi, atau litar lumba, atau Proton, atau lebuhraya bertol di mana-mana.

Antara yang dimaksudkan sebagai maju merujuk kepada mentaliti dan rangka minda (mindset) rakyat, ke arah bersama-sama mendukung cita-cita menjadi negara maju.

Tanpa mindset yang betul, maka habis baik kerajaan cuma akan tumpu pada pembangunan infra semata-mata - lebih banyak kereta, lebih banyak bangunan besar dan tinggi, lebih banyak lebuhraya bertol, lebih banyak tandas berbayar.

Pelancong-pelancong  luar negara mungkin takjub dengan bangunan hebat-hebat yang berjaya dibina oleh kerajaan dengan peruntukan besar, atau takjub dengan makanan tempatan yang berbagai, berkolestrol dan berminyak. Tapi apabila mereka kait dengan sikap dan mentaliti masyarakat secara umum, tak ada apa yang nak ditakjubkan, malah masih 'third world'.

Sampah masih dibaling ke longkang, atau diselit di celah kerusi, atau letak atas jalanraya. Sikap ketika memandu masih antara yang terburuk, belum boleh dinobatkan sebagai 'maju'. Lebih ramai orang mati atas jalanraya berbanding mati penyakit kronik.

Kelihatan tumpuan diberi kepada pembangunan infrastruktur jauh meninggalkan pembangunan mentaliti.

Apabila kita pergi ke Jepun, kita mungkin takjub dengan bangunan atau kebersihan, tapi yang lebih menakjubkan ialah sikap dan mentaliti rakyat yang sangat membantu ke arah menjadi negara maju.

Kalau di Jepun, '5S' sudah menjadi budaya termasuk dalam cara fikir, cara mengurus, cara menyelesai masalah. Kalau timbul suatu masalah, seboleh-boleh mereka nak cari 'root cause' dan kemudian 'permanent solution'. Tapi kita, masih di tampuk 5S ialah cara susun fail dan cara buang sampah.

Jepun maju sebab sikap dan mentaliti mereka membantu ke arah kemajuan. Kita orang melayu pun ada sikap-sikap yang bagus tapi ia bukan sikap yang kritikal untuk kemajuan. Contohnya, melayu terkenal dengan sifat 'humble', sifat ini semata tak membawa kepada kemajuan.

Bila kita pergi ke Australia juga, kita mungkin takjub dengan keindahan alam, tapi lebih menakjubkan bila mereka mampu contohnya menyediakan pengguna-pengguna jalanraya yang berhemah dan sabar.

Jika rakyat bermentaliti bagus, negara akan bergerak maju hasil tangan rakyat itu sendiri tanpa perlu diawasi sepanjang masa, dan bukan sebab peruntukan kerajaan buat projek mega koridor sana sini.

Yang menggerakkan sebuah negara menjadi maju bukan semata infrastruktur hebat-hebat, tapi sikap dan mentaliti setiap individu dalam masyarakat yang membantu kemajuan. Satu jalan yang terbaik supaya kita dapat membentuk minda kelas satu atau mentaliti rakyat negara maju, ialah melalui pendidikan.

Sempena pelan transformasi pendidikan negara, ada bagusnya kerajaan membetulkan nawaitu dan kordinat hala tuju pendidikan, daripada bermain dengan statistik bilangan A - statistik yang tak berpijak di bumi nyata, kepada hasil yang sangat dekat dengan realiti, iaitu pembentukan sikap dan mentaliti.

Kalau sikap dan mentaliti betul, semua benda akan progres. Kalau sikap dan mentaliti tak bagus, luaran nampak gempak tapi dalam kontang.

Wednesday, 9 May 2012

14 Lessons From Benjamin Franklin

Benjamin Franklin was a man of action. Over his lifetime, his curiosity and passion fueled a diverse range of interests. He was a writer (often using a pseudonym), publisher, diplomat, inventor and one of the Founding Fathers of the United States.

His inventions included the lightning rod, bifocals and the Franklin stove. Franklin was responsible for establishing the first public library, organizing fire fighters in Philadelphia, was one of the early supporters of mutual insurance and crossed the Atlantic eight times.

Self-development was a constant endeavor throughout his incredible life. Benjamin Franklin was clearly a man who knew how to get things done. 

Read more: http://articles.businessinsider.com/2012-04-29/strategy/31460752_1_movers-and-shakers-action-benjamin-franklin

Wednesday, 18 April 2012

Proton Preve - drive it to believe it

Petang tadi saya berkesempatan melihat Proton Preve dengan lebih dekat di showroom Proton Presint Diplomatik, Putrajaya. Sebelum tu saya singgah minum dulu di kedai mamak Ali Bistro, kebetulan nampak Proton Preve warna merah sedang dipandu uji. Fuh, sebab excited semua orang yang duduk di meja luar tengok Preve lalu sampai tak kelip mata <- ok, ini menambah-nambah, mestilah sempat kelip mata.

Sampai saja di kawasan showroom, masa tu sudah pukul 6 lebih tapi masih ada ramai yang datang nak tengok Preve. Saya sebenarnya kalau boleh nak test Proton Preve versi manual, tapi tak ada. Yang ada cuma versi CFE. So, agak kecewa la sikit, walaupun tak ada pun niat nak membeli. Niat menyibuk aje.

1st impression, design exterior boleh kata kemas, tidak ada lekuk-lekuk hodoh kononnya mengambil konsep bentuk wau, gasing yang kesudahannya menjadi bahan ketawa, menjadi bentuk seakan ekor kura-kura, contohnya yang terdapat pada design belakang Proton Savvy atau grill Proton Gen2. Melihat design exterior Proton Preve pada saya jauh lebih mudah diterima, satu perkembangan yang baik.

Dalam internet sudah banyak gambar-gambar Proton Preve, ada sebahagian orang komen belakang Preve tak cantik, macam tak siap etc. Tapi bila tengok kereta sebenar, nampak moden dan ala continental. Yang penting macam saya tulis tadi, tak ada bentuk ekor kura-kura, pun begitu ada kebenaran design nak kena improve lagi.

Contohnya bahagian grill depan nampak lifeless / flat, tak hidup. Kalau letak headlight mata terbonjol, logo ke bumper timbul sikit barulah nampak 'hidup'. Tak apa, boleh perbaiki dalam next facelift - kalau ada.

Cuma lampu belakang tu, betullah, macam terlebih tinggi sikit, dan terlalu empat segi (squarish). Kalau turun sikit beberapa milimeter, dan bulat-bulatkan sikit bucu-bucunya, tentulah lebih cantik.

Lepas tu ada orang kata apalah Proton Preve ni tiru design Kia lah, BMW lah.. Kalau tanya saya, baguslah ambil pengajaran yang baik-baik. Alasan mereka, tak ada originality. Apa maksud dia orang ni dengan tak ada originality? Kalau kita tengok satu orang smart pakai kemeja, pakai suit, adakah kita mesti pakai seluar dalam di luar, sambil buat corak dengan lipstick sebab nak claim originality?

Ambil pengajaran dari design orang lain tak ada salah, cuma mesti dalam intepretasi sendiri, ukuran sendiri.

Ruang dalaman bagus sangat praktikal, ruang kaki di seat belakang selesa, lutut tak bergesel dengan seat depan. Seat belakang ada arm rest boleh dinaik turun. Fabrik seat lembut, pilihan warna gelap dan nampak kelas.

Steering dibalut dengan material lembut baru ada 'feel'. Diameter steering pun saya suka, just nice tak terlalu besar. Ruang bonet belakang luas memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang tiap-tiap tahun memandu balik kampung.

Design dashboard dan central console simple, ada kelas, tak terlalu complicated, setaraf dengan brand lain. Satu peningkatan besar berbanding model-model Proton sebelum. Pun begitu, kualiti plastik digunakan pada sesetengah tempat masih perlu diperbaiki sebab masih ada bibit-bibit rasa 'kemurahan' (look cheap).

Meter console kalau ikut taste saya.. kurang 'sporty', nampak tak mahal, samada sebab kualiti plastik atau warna (?).

Harga Proton Preve bermula dari RM59k hingga RM72k, dengan gajet & features yang biasa terdapat dalam model-model kereta jenama luar negara yang berharga lebih RM100k ke atas, pada saya faktor penarik untuk bakal pembeli kereta.

Kesimpulan? Saya percaya jualan Proton akan meningkat dengan Proton Preve. Dulu orang berbondong-bondong beli Saga BLM sebab "akhirnya" dapat beli kereta yang senonoh (proper car) - (setelah berbelas tahun dikhianati oleh kualiti vendor kroni yang maha dahsyat) - pada harga RM40k. Sekarang orang ramai akan berbondong-bondong kerana akhirnya dapat beli kereta yang memenuhi kriteria antarabangsa dari segi design, keselamatan dan prestasi.

Secara peribadi, saya prefer kalau Proton dapat keluarkan model dalam bentuk hatchback 5 pintu, design global, enjin 1.6 CFE (atau lebih baik) digabung dengan transmisi manual, handling mantap (pure driving fun), pada harga setaraf Proton Saga. Tak ada gajet canggih pun tak apa, dashboard plastik keras pun tak apa, keep it simple and fun. Then only we talk.

Wednesday, 29 February 2012

individual talent vs team work

"Individual talent can win games, but team-work can win championships."

Saturday, 31 December 2011

Insight: How Islamic are Islamic countries? A rejoinder

Prof. Komaruddin Hidayat, the rector of Syarif Hidayatullah State Islamic University (UIN), wrote an interesting column in Jakarta’s leading newspaper on Indonesian Islamicity. His article is a rejoinder to a study conducted by Scheherazade S. Rehman and Hossein Askari from George Washington University.

Published in the Berkeley-based Global Economy Journal, Volume 10, 2010, this study examines if policies of the Muslim world were founded on Islamic teachings in comparison to those in non-Muslim countries. All up, 208 countries were studied.

Indicators such as economic opportunity, economic freedom, equal access to education, corruption, financial systems and human rights were used to measure the degree of Islamicity in those countries.

The results were hilarious. “Most self-declared and labeled Islamic countries are not conducting their affairs in accordance with Islamic teachings — at least when it comes to economic, financial, political, legal, social and governance policies.”

Full article here

Saturday, 26 November 2011

Proton Saga FLX 1.3 CVT test drive

Semalam saya berpeluang pandu uji Proton Saga FLX 1.3 CVT milik rakan pejabat.

Saga FLX ni exterior sama dengan model FL.

Lampu depan terbonjol ada orang kata macam mata ikan. Grill, bumper pun simple & kemas tak ada lekuk-lekuk tambahan yang memburukkan design kereta. Tayar 14 inci, design lampu belakang kecil sikit dibanding dengan 1st generation BLM. Secara peribadi, bahagian depan kereta lepas facelift dah OK cantik, tapi design belakang saya lebih berkenan design masa BLM bila lampu belakang lebih besar daripada sekarang.

Kadang-kadang kereta bila facelift tak semestinya semua cantik, ada bahagian yang jadi tak cantik pun ada.

Terpulanglah.

Bila masuk ke dalam, saya suka seat depan ada bentuk dan rasa padat. Banding dengan seat competitor contohnya Perodua Myvi yang "terlalu rata". Dashboard sama seperti BLM, tapi warna lebih gelap (tempest grey) jadi nampak lebih kelas. Setengah orang tak ada masalah dengan dashboard plastik keras tapi pilihan warna penting supaya tak nampak terlalu murah.

Ruang kaki untuk penumpang belakang sangat luas, tak ada komplen tentang tu. Boot belakang pun luas.

Dari segi ruang dalaman dan bonet, Proton Saga memang berbaloi. Setengah kereta design memang cantik, tapi bila masuk dalam mak datuk sempit berlaga bahu berlaga kaki, boot pun tak besar mana.

Senang cerita, Proton Saga ni lebih kepada practicality berbanding style.

Driving Impression
Saya pernah memandu Proton Saga BLM transmisi automatik 4 kelajuan, dan kebetulan saya owner Proton Savvy manual. Disebabkan Saga BLM ni base daripada chasis Savvy cuma dipanjangkan sampai jadi bentuk sedan, jadi karakter pemanduan ada kesamaan.

Kalau Savvy, tayar low profile, suspension lebih rendah, roof pun tak tinggi, jadi bila membelok kereta tak rasa membuang atau senget, steady saja.

Saga BLM pula boleh rasa karakter pemanduan seakan Savvy - dari segi steering feel, sudut membelok, cumanya tayar tinggi, suspension tinggi sebab penekanan kepada keselesaan (comfort), roof kereta pun rasa lebih tinggi daripada Savvy, jadi bila membelok boleh rasa body roll lebih sikit (...sikit saja).

Dengan ingatan yang saya ada bila memandu BLM dan Savvy, sekarang, bandingkan dengan Saga FLX.

Saga FLX, katakan kereta nak masuk ke simpang kiri, tak perlu pulas steering beria-ria, tapi kereta corner cantik tak sampai termasuk lane sebelah. Berat steering cukup untuk pemanduan biasa dan sekali sekala pemanduan bersemangat.

Suspension rasa lebih firm banding dengan BLM, tapi taklah sampai ke tahap tak selesa. Bila langgar bump tak ada masalah, tak adalah sampai rasa nak tercabut buah pinggang. Kalau tanya saya, OK no problem. Kalau tak silap, suspension FLX ni memang Proton selenggara supaya "handling lebih baik". <- I like.

Performance
Enjin masih sama 1.3 liter, tapi dengan transmisi CVT enjin rasa lebih responsif dan kereta lebih laju walaupun kelajuan enjin maintain 2000rpm ke bawah. Dibanding dengan Saga transmisi automatik, untuk kelajuan kereta yang sama enjin kena rev sampai 3000rpm baru tukar gear. Salah satu sebab kenapa Saga automatik kuat makan minyak. Gear ratio.

Bila pakai transmisi CVT ni, enjin jadi linear dan licin tak ada jerk yang disebabkan oleh turun naik gear - sebab memang tak ada gear.

Tapi saya perasan ada bunyi bising sikit, macam datang dari CVT, bukan enjin (??).

Kesimpulan
Secara keseluruhan berpuas hati dengan Proton Saga FLX 1.3 CVT sebagai juara kereta tempatan. Design luar kekal simple dan kemas. Ruang dalaman luas, praktikal dan nampak agak kualiti walaupun mengekalkan komponen plastik. Bentuk seat selesa untuk pemanduan jauh.

"Steering feel" bagus dan direct (terima kasih Lotus).

Saya suka Proton sekarang sebab dah mula nampak ada progress dari sudut kejuruteraan dan refinement.

Jauh beza dengan zaman model-model awal Proton yang cuma asal siap pasang, janji ada rupa kereta. Safety pun kurang, kalau accident confirm mati "penyet", tersepit sebab chasis lembik macam tin milo.

Sekarang tak lagi. Dari segi keselamatan, handling, prestasi boleh bagi markah.

Cumanya harapan saya semoga Proton teruskan usaha supaya hasilkan enjin yang lebih efisyen, lebih jimat minyak daripada enjin Campro yang ada sekarang. Kalau boleh yang class leading.

Secara peribadi, saya berpendapat yang perlu diupgrade bukannya design facelift sebab design asal Saga BLM dah cukup bagus, bukan juga spoiler atau skirting yang tak memberi apa-apa makna dari sudut aerodinamik, atau sekadar sticker "SE" (tapi performance wise tak SE pun).

Yang perlu diupgrade ialah prestasi enjin (masih lemah dan hambar), dan mutu interior (plastik mutu tak bagus, nampak murah dan memang murah).

Akhir kata, berbaloi tak beli Proton Saga FLX? Saya kata ya, berbaloi dan harga Proton Saga mesti kekal dalam lingkungan RM35,000-RM45,000.

Kalau lebih daripada harga tu, saya ugut lebih baik beli Perodua "lagi best, lagi laju, lagi mahal".

Sekian.

Tuesday, 11 October 2011

A different parenting and education system abroad

Being a mum of two toddlers now, I am very passionate in observing the development of my two boys (the eldest is now six years old and the youngest is two years old). I firmly believe that it’s a parent's job to encourage their children towards creative thinking and confidence.

I was fortunate to have the experience of raising my two boys abroad, when I was furthering my studies in Britain. As far as the British education system is concerned, the approach is to instil the concept of fun learning via exploration. Schooling starts at the age of five, hence my boy went to school when he reached five years old. He gained some advantages when he was schooling in Britain, apart from the language advantage – yes, he managed to converse fluently in English and with full confidence after two months of schooling.

At school, the teachers encouraged students to present in front of their friends, for example, to share a story about their favourite toys, what they did during the weekend, their holidays, etc

Full article here

Friday, 7 October 2011

Steve Jobs, 1955 - 2011

Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma - which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.

—Stanford Commencement Speech, 2005


Tentang hukum hudud

Hukum Islam itu luas dan sebahagian kecil daripadanya telah dikenalpasti dan diistilahkan oleh ahli fekah sebagai "hudud".

Hudud ialah istilah untuk hukum yang kadar pelaksanaannya sudah tetap (fixed) dengan jelas dalam AlQuran. Suka diingatkan lagi, hudud itu sebahagian daripada hukum Islam (hukum hudud adalah subset kepada hukum Islam) dan bukan 'keseluruhan hukum Islam' (hukum Islam sebenarnya sangat luas).

Jika reaksi kepada persoalan samada mahu atau tidak menegakkan hudud boleh mengklasifikasikan manusia kepada beriman, kafir, munafik atau fasik.. cabang-cabang lain yang ada dalam hukum Islam juga boleh menjadikan orang itu beriman, kafir, munafik atau fasik. Bukan hukum hudud sahaja.

Jika tidak melaksanakan hudud boleh menjadikan manusia itu kafir, munafik dan fasik, tidak melaksanakan pendidikan yang berasaskan tauhid juga boleh menjadikan manusia itu kafir, munafik dan fasik.

Tidak melaksanakan sistem ekonomi yang bebas daripada unsur riba (walaupun berlabel islamik) juga boleh menjadikan manusia itu kafir, munafik dan fasik.

Tidak melaksanakan politik yang bersih daripada rasuah, salahguna kuasa juga boleh menjerumus manusia ke arah kafir, munafik dan fasik.

Dalam melaksana ibadah ritual seperti solat, puasa, zakat pun manusia boleh terbahagi kepada beriman, kafir, munafik dan fasik.

Pendek kata, tidak melaksanakan mana-mana bahagian pun dalam hukum Islam (bukan hanya hudud sahaja) boleh mengklasifikasikan manusia kepada kafir, munafik dan fasik.

Dalam konteks sebuah negara, ada cabang-cabang hukum Islam selain hudud yang perlu didahulukan.

Bila cabang-cabang hukum Islam yang lebih kritikal dilaksanakan, hasilnya semua orang dididik dengan baik dan mempunyai akal dan tindakan waras sesuai sebagai seorang manusia, mempunyai kemampuan kewangan, cukup bekalan makan minum yang halal dan baik, lelaki menghormati wanita, wanita menjaga maruahnya, semua orang bersatu, tolong-menolong sebagai saudara, barulah kemudian hudud dikemuka untuk dilaksana, not the other way around.

Ada orang dakwa dengan melaksana hudud, kadar jenayah akan berkurangan, sebab orang akan takut buat jenayah. (Fear)

Kita boleh lihat real sample di negara-negara muslim yang lain, di mana hudud dilaksana dalam keadaan masyarakat bergelora, pendidikan tak sempurna, kewangan tak stabil, inflasi melambung, hutang bertimbun dan subsidi tak mencukupi, hasilnya hudud tak juga menyelesaikan masalah masyarakat, malah ada kes, hudud terdedah kepada salahguna oleh segelintir manusia yang meletakkan kuasa Tuhan di tangan mereka.

Salahguna hudud ni kemudian dimanipulasi oleh barat untuk dakwa Islam ni semata-mata kerjanya nak menghukum orang, dan hukumannya kejam. Orang Islam, yang konon berniat baik kepada agamanya telah mencemar dengan tangan sendiri.

Dalam konteks tempatan, kita ada hukuman gantung mandatori untuk kesalahan mengedar dadah, dan hukum penjara 20 tahun dan sebat untuk pesalah rogol, tapi realitinya masih ada orang yang kerjanya hisap dadah dan hobinya merogol. Hukuman berat semata tak menyelesaikan masalah yang sebenar (the real problem).

Kita menghargai usaha untuk melaksanakan hudud, cumanya reaksi sebahagian muslim bila isu hudud ini dibawa ke tengah, seolah-olah "hudud" adalah keseluruhan perjuangan menegakkan "hukum Islam". Banyak lagi cabang hukum Islam lain yang WAJIB dilaksana, dan jika tidak dilaksana akan berhadapan risiko kafir, munafik dan fasik. Bukan hudud sahaja.

Ibarat kalau dalam matematik, mula-mula kena kira nombor dalam kurungan dulu, kemudian operasi darab atau bahagi dahulu, kemudian baru tambah dan tolak. Not the other way around. Semangat saja tak cukup untuk mencapai penyelesaian kalau jalan kerja berterabur. Akhirnya dapat markah kosong walaupun tulis berjela-jela 'macam boss'.

Niat nak laksana hukum tu dah bagus, tapi kenalah ikut tertib yang mana dulu yang mana kemudian.

Dan nak dijadikan cerita, hudud yang orang tengah bising-bising sekarang merujuk kepada hudud yang disusun selia oleh ahli fekah, bukan merujuk kepada terminologi 'hudud' dalam Quran. Hudud dalam Quran merujuk kepada had, limit, batas dalam tindakan (tak semestinya jenayah). Hudud yang orang bergaduh sesama sendiri ni difahami sebagai hukuman ke atas jenayah, punishment.

Sebab tu yang terbayang dalam benak mereka bila sebut perkataan hudud ialah pancung dan potong tangan, padahal bukan itu maksud AlQuran.

Memahamkan setengah golongan masyarakat muslim tentang realiti hudud bukan mudah, sebab bila sebut saja perkataan hudud, terus tak mahu fikir secara objektif, terus reasoning ability switched off.

(Pendapat tokoh agama di sini)


“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.

Lalu baginda membaca firman ALLAH: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya ALLAH mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).


Tuesday, 4 October 2011

Cabaran mendidik anak

Mukadimah
AlQuran diturunkan sebagai "petunjuk", salah satu hikmah ialah kandungannya sesuai diadaptasi dalam pelbagai situasi zaman. Kalau kita baca kisah-kisah sejarah dalam AlQuran pun kita dapat lihat walaupun manusia melalui pelbagai jenis zaman dan sistem masyarakat, tapi fundamental kepada masalah utama (problem), punca sebab (root cause) dan solusinya (permanent solution) tetap konsisten.

Jika AlQuran diturunkan sebagai "jawapan muktamad" bukan "petunjuk", manusia tak ada pilihan selain melaksana satu jenis pattern pelaksanaan sahaja. Hasilnya, manusia bukan lagi manusia, tetapi robot yang telah dipattern dengan program yang sama.

Contohnya, jika AlQuran kata semua kena pakai lebai, maka semua orang kena jadi lebai, tidak ada orang Melayu, Cina atau India, Pinoy dan sebagainya. Itu jika AlQuran diturunkan sebagai "jawapan".

Hakikatnya Tuhan mencipta manusia dengan bermacam-macam kepelbagaian budaya, pola fikir dan suasana masyarakat. Yang penting adaptasi kandungan AlQuran mesti bersesuaian dengan 'bismillah ar-rahman ar-rahim'. Iaitu kita melaksana perintah Allah sebagai hambaNya bersesuaian dengan sifat pemurah dan penyayang (compassionate and merciful). Bukan kita guna AlQuran untuk kekerasan.

Atau, jika AlQuran diturunkan sebagai "jawapan muktamad" untuk menerangkan seluruh fenomena yang ada di langit dan bumi, nescaya ia tak dapat dimuat sebagai kitab berjumlah 6,236 ayat. Ada kebarangkalian manusia akan ambil alasan ini untuk langsung tak baca dan ambil pelajaran. Sebab terlalu tebal.

Itu antara hikmah kenapa AlQuran diturunkan sebagai petunjuk, supaya manusia menggunakan kepala otak mereka untuk cari sendiri hasil penemuan (discovery) berdasarkan petunjuk yang diberi.

Mendidik anak mengikut zaman
Zaman dulu, keadaan kondusif untuk mempunyai ibu bapa dan cikgu yang garang. Halaman rumah terbentang luas tanpa pagar, sungai tidak tercemar, jiran-jiran menjadi mata-mata, tak ada hasutan TV, hiburan, dan gajet elektronik. Hidup mudah dan masa bergerak perlahan (mungkin).

Dalam masa 2-3 dekad sahaja, sistem masyarakat berubah dengan drastik. Rumah dibatasi oleh pagar, sungai dan udara semakin tercemar, ada penculik, perompak berparang, perogol bersiri di mana-mana, TV, drama, filem, media dengan berkesan memprogram otak manusia supaya bertindak ganas & kejam. Bayi tak berdosa dibuang ke dalam longkang dan tong sampah.

Masa berlalu pantas sebab multitasking, kerja pejabat semakin sibuk. Aktiviti manusia didorong oleh sistem ekonomi duit kertas berasaskan riba. Hutang sudah menjadi trend normal.

Mendidik anak memerlukan approach yang sesuai dengan cabaran / tantangan zaman. Anak-anak sekarang terdedah kepada persekitaran yang sudah tidak lagi memelihara prinsip-prinsip kemanusiaan walaupun yang asas. Muka bumi sudah menjadi "sekolah yang paling berbahaya" jika anak-anak tak dijelaskan cara untuk tangani.

Anak-anak mesti dijelas situasi yang berlaku dan bagaimana untuk membezakan. Kita tak boleh biarkan anak-anak menjadi mangsa situasi dengan alasan dah takdir zaman sekarang sudah macam ni.

Anak-anak mesti diasuh sebagai seorang manusia yang bertindak atas dasar rasional - bukan emosi walaupun berbunyi agama - dan kaedah pendidikan mesti mengambilkira keadaan zaman yang sudah berubah dan cabaran yang berbeza banding zaman dulu.

Dengan isu masyarakat yang semakin kompleks, ibu bapa tak mungkin dapat terangkan kesemua "do's and don'ts" yang ada dalam dunia ni, sebab tu fokus mendidik anak mesti kepada menghayati sifat dan sikap "adil" dalam semua perkara dan tindakan.

Adil = meletakkan segala sesuatu pada tempat yang sewajarnya.

Friday, 9 September 2011

Sejarah dan Islam

Sejarah
Mentafsir sejarah mesti adil. Baik sejarah manusia, sejarah Islam, sejarah Melayu, Cina atau sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Dalam AlQuran juga banyak kisah-kisah sejarah untuk dibaca dan difahami sebagai pelajaran dan pengajaran. Tinggal nak baca faham atau baca tak faham (nak pahala huruf) saja.

Kita ni tak lebih dan tak kurang cuma "manusia yang hidup di atas muka bumi, yang beriman bahawa satu hari nanti segala tindakan kita akan dinilai".

Ya, ada penilaian.

Jadi sebagai makhluk ciptaan yang akan dinilai, pastinya dalam diri manusia itu ada baik dan buruk. Ada merit dan de-merit. Pasti ada, tidak boleh tidak ada. Paling hebat yang manusia boleh usaha ialah memberatkan bahagian merit berbanding de-merit supaya timbangan itu cenderung kepada merit.

Sejarah dicetuskan oleh tindakan manusia. Apabila tindakan itu memberi kesan barulah menjadi sejarah. Manusia yang tidak bertindak tidak akan mencetuskan sejarah. Oleh kerana sejarah berkaitan dengan tindakan, maka akan ada tindakan yang baik dan ada tindakan yang tidak baik. Yang bijak dan kurang bijak.

Ini adalah risiko membuat tindakan samada manusia yang bertindak itu secara individu atau berkumpulan. Samada kumpulan itu berdasarkan ideologi, agama atau perkauman pasti ada betul dan salah, bijak adil dan sebaliknya.

Tidak ada individu atau kumpulan yang bertindak, yang boleh terlepas daripada salah dan silap, walaupun membawa agenda perjuangan mulia.

Dan ini semua dicatatkan dalam sejarah.

Ini adalah sekecil-kecil pemahaman yang kita perlu ada bila mentafsir sejarah.

Islam
Ya, Islam itu berada di atas (kedudukan tertinggi) dan sentiasa di atas.

Tapi Islam yang bagaimana?

Ini satu persoalan yang jarang ditanya atau atas sebab musabab tertentu. Bagi orang yang berfikir, mereka tidak dapat menghalang diri mereka daripada menimbul persoalan ini.

Berapa ramai orang yang tukar agama bukan sebab mereka betul benci pada Islam, tapi sebab mereka diberi penerangan yang tersasar, oleh orang Islam sendiri, atau jawapan itu tidak memuaskan fikrah mereka. Ada yang menghidangkan cerita magic-magic mengatasnama "ini datangnya daripada agama" padahal kita sekarang di zaman moden dan teknologi.

Ataupun, sebab layanan yang mereka terima daripada orang Islam, atau islamic authority. Bila keadaan terdesak dan betul-betul memerlukan, bantuan tak dapat dengan alasan-alasan yang tak menyelesaikan masalah tapi claim "ini islamik".

Saya tengok juga video-video ex muslim yang tukar agama, initipati luahan ketidakpuashatian mereka sebahagian besar menjurus kepada sikap orang Islam (termasuk sikap religious authority), bukannya Islam itu sendiri.

Kalaulah Islam itu boleh dilakar pada sekeping kertas, dan ajaran Kristian juga boleh dilakar pada sekeping kertas, kemudian ditekap antara satu sama lain, kebanyakan ajaran dalam kedua-duanya adalah sama kecuali beberapa perkara dan yang paling ketara ialah beza akidah tauhid dan akidah trinity. Yang lain lebih kurang sama.

Jadi saya tak faham kenapa ada orang tukar agama melainkan ada sikap orang Islam yang mengurangkan keyakinan mereka sehingga convert.

Bukan salah agama, tapi pada penganutnya.

Orang Islam mesti reflect balik pada diri sendiri, apa sebenarnya yang mereka faham tentang Islam. Mempertahankan pegangan hidup secara ego tidak akan memenangkan agama sebaliknya merugikan.

Saturday, 13 August 2011

The Two R’s of Top Leaders

There are two essential qualities of leadership. Jack Welch, CEO of General Electric says that the “Reality Principle” is the most important of all. What this means is the practice of realism in all things.

Realism is a form of intellectual honesty. The realist insists upon seeing the world as it really is, not as he wishes it were. This objectivity, this refusal to engage in self-delusion, is a mark of the true leader.

Those who exhibit the quality of realism do not trust to luck, hope for miracles, pray for exceptions to basic business principles, expect rewards without working or hope that problems will go away by themselves. These all are examples of self-delusion, of living in a fantasyland.

The motivational leader insists on seeing things exactly as they are and encourages others to look at life the same way. As a motivational leader, you get the facts, whatever they are. You deal with people honestly and tell them exactly what you perceive to be the truth. This doesn’t mean that you will always be right, but you will always be expressing the truth in the best way you know how.

The second key quality of motivational leadership is responsibility. This is perhaps the hardest of all to develop. The acceptance of responsibility means that, as Harry Truman said, “The buck stops here.”

Full article here.

Monday, 25 July 2011

Duit yang sebenar

Zaman ini zaman duit,
Tak ada duit diri tersepit,
Tapi jangan jadi hamba duit,
Kelak musnah diri sendiri..

Duit, Duit

- lirik "Duit", M.Nasir

Zaman duit kertas
Kita hidup dalam zaman semua benda dinilai berdasarkan nilai duit kertas. Ramai orang pergi ke sekolah, dengan harapan "untuk menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat". Apabila mereka habis sekolah, habis belajar di IPT dan masuk ke alam pekerjaan, mereka dinilai berjaya atau tidak berdasarkan berapa gaji diterima.

Kalau dapat gaji tinggi, mereka akan dipandang tinggi, walaupun kerjanya mungkin tak seberapa. Sebaliknya kalau dapat gaji rendah (ciput) walaupun kerja bagai nak rak, ataupun kerja mulia, mereka dipandang rendah.

Bila datang reunion dengan membawa kereta murah buatan tempatan, berbanding kawan-kawan lain kalau ada yang membawa kereta mahal. Orang yang bawa kereta murah dianggap tidak berjaya kerana nilai duit kertas rendah.

Dulu ramai orang berhijrah ke bandar sebab nak dapat kerja yang boleh beri duit kertas. Orang kampung pandang tinggi kalau hijrah ke bandar kemudian dapat kerja yang dapat duit kertas tiap-tiap bulan. Sekarang gaji RM4000-5000 pun belum tentu dapat hidup sederhana di bandar.

Dulu orang pandang sebelah mata kalau buat kerja pertanian sebab dikatakan tak mampu generate duit kertas yang banyak macam kerja pejabat di bandar. Sekarang ada orang berkecimpung dalam pertanian dan mampu jana pendapatan sampai lima angka. Orang ramai mula pandang tinggi pada pertanian. Sebab boleh buat duit kertas.

Orang pandang tinggi bila kita ada banyak duit kertas, tapi pandang sebelah mata bila tak banyak duit kertas.

Ini hakikat mentaliti orang kebanyakan tentang duit kertas, bukan niat nak mengutuk, tapi kena faham realiti supaya tindakan kita berpijak di bumi nyata tidak berbunyi terlalu idealistik.

Nilai duit kertas semakin merosot
Bagi orang kebanyakan ada yang beranggapan harga barang semakin mahal kerana permintaan semakin tinggi berbanding supply. Sebenarnya harga barang semakin mahal kerana nilai duit kertas semakin merosot. Nilai duit kertas semakin merosot sebahagian besarnya kerana kegiatan spekulasi dan sistem perbankan berdasarkan interest.

Ada pihak sengaja menaikkan harga sebab nak dapat untung lebih banyak. Dengan untung lebih banyak tu, boleh bayar loan yang mereka pinjam untuk buka perniagaan atau untuk beli liabiliti. Atau untuk beli barang / harta yang semakin mahal kerana spekulasi harga komoditi / bahan binaan naik. Harga-harga komoditi / bahan mentah ini ditentukan oleh sistem ekonomi yang sangat terbuka kepada eksploitasi.

Jadi dakwaan harga barang naik kerana permintaan tinggi adalah satu mitos yang direka untuk meredakan emosi orang ramai. Satu lagi mitos rekaan ialah istilah-istilah ekonomi yang menyusahkan dan complicated dengan niat untuk menghindari orang ramai daripada berfikir tentang realiti sistem ekonomi, dengan cara itu mengaburi eksploitasi sistem ekonomi daripada diketahui orang ramai.

Jadi zaman sekarang, duit kertas bukan lagi duit, ia sudah menjadi permainan (money game).

Disebabkan nilai duit kertas semakin merosot, dan orang ramai terpaksa berhempas pulas untuk lepasi belanja bulanan, maka ramai yang bekerja bukan kerana passion, tapi sebab jadi hamba duit. Ada orang sampai ke tahap, apa saja yang mampu menghasilkan duit kertas - sembah, sembah. Walaupun kerja haram.

Duit sudah menjadi tuhan baru.

Tuesday, 5 July 2011

Islam bukan agama 1400 tahun

Islam - total submission to only one God. 

Wahyu 2.4

Satu perkara yang jarang diperdengarkan kepada kita samada melalui khutbah, program TV, penulisan keagamaan, perbincangan ialah - Islam yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW bukanlah satu agama baru berusia 1400 tahun, tetapi sebenarnya membenarkan mesej Islam (termasuk yang terdapat dalam Yahudi dan Nasrani) yang pernah disampaikan sepanjang puluhan ribu tahun, mungkin beratus ribu tahun sejarah manusia oleh rasul-rasul sebelum baginda.

Dan AlQuran yang diturunkan semasa zaman Muhammad SAW antara tujuannya ialah sebagai rujukan untuk membeza yang mana ajaran Islam yang asli, dan yang mana tokok tambah mengatas namakan agama.

Tokok tambah mengatas nama agama ini menyebabkan manusia menyimpang dari tujuan asal agama. Sebahagian nilai-nilai Islam yang telah disampaikan oleh rasul-rasul sebelum Rasulullah mungkin masih survive hingga ke hari ini dalam bentuk budaya kaum, falsafah, ilmu pengetahuan dan agama rekaan.

Oleh itu AlQuran tidak pernah menafikan "nilai-nilai Islam" yang telah pun sampai kepada manusia sebelum AlQuran diturunkan.

Sebab itu AlQuran sarat dengan kisah-kisah rasul dan orang soleh sebelum kedatangan Rasulullah. Kerana semua itu adalah termasuk perjuangan Islam.

Disampaikan terdapat kira-kira 313 orang rasul dan 124,000 orang nabi yang telah menyebarkan mesej Islam kepada pelbagai jenis kaum dalam pelbagai jenis bahasa yang tidak semestinya dalam bahasa arab. Menunjukkan betapa universalnya "Islam yang sebenar".

Di antara rasul-rasul yang menyampaikan mesej Islam sebelum baginda Rasulullah, termasuklah Adam, Sulaiman (Solomon), Ibrahim (Abraham), Musa (Moses), Isa (Jesus). Dan Rasul-rasul ini dikongsi bersama oleh agama Yahudi dan Nasrani yang pada hakikatnya ialah agama Islam ("Islam" = berserah diri kepada Tuhan yang satu).

Cumanya yang menjadi isu bilamana penganut Yahudi mendakwa agama hanya hak eksklusif orang Yahudi, 'kaum pilihan Tuhan' (the chosen people), manakala penganut Nasrani menyekutukan Allah dengan Jesus sebagai anakNya (Son of God).

Selain daripada dakwaan-dakwaan (the chosen people, son of God) di atas, sebahagian besar daripada isi dan intipati ajaran dalam agama Yahudi, Nasrani dan Islam setelah AlQuran diturunkan sebenarnya adalah sama, iaitu berserah diri kepada Tuhan yang satu.

Malah kalau kita baca sirah Rasulullah, orang beriman pernah berkongsi kiblat solat bersama orang Yahudi, kemudian setelah mendapat tentangan keras oleh orang Yahudi yang sombong, maka turunlah wahyu supaya kiblat orang beriman ditukar ke arah Kaabah.

Orang Nasrani pula bertegas dengan fahaman (triniti) yang diambil bulat-bulat daripada terjemahan literal. Padahal dalam bahasa ibunda Nabi Isa as, son of God bermaksud hamba Tuhan, oleh itu sesiapa saja termasuk sahabat-sahabat Nabi Isa juga son of God = hamba Tuhan. Bukan Nabi Isa seorang sahaja.

Zaman ini seolah wujud satu jenis fahaman bahawa Allah ialah "Tuhan orang Islam sahaja". Seolah di akhirat nanti, orang Yahudi naik tingkat satu jumpa dengan Tuhan Yahweh, orang Nasrani naik tingkat dua jumpa Lord father dan tuhan Jesus, orang Buddha naik tingkat tiga jumpa dengan Gautama Buddha sedang duduk bersila. Dan sebagainya.

Padahal kita semua akan dihimpun di atas padang yang sama, tidak kira orang itu keturunan arab, melayu, cina, Islam, nasrani, yahudi, buddha, hindu, dihisab secara adil, dan akan bertemu Tuhan yang sama.

Apa jua kebaikan atau kebenaran yang wujud di atas muka bumi datang daripada sumber yang satu walaupun kita temunya pada tempat-tempat yang tak disangka, tak mungkin datang daripada sumber atau entiti lain, apatah lagi dari manusia. Yang jadi ralat, manusia ambil kebenaran itu kemudian modify / campur aduk hingga ia berubah dari rupa asal sampai kita tak sampai hati untuk nyatakan ia datang dari Tuhan yang satu.

Takkanlah bila hujan turun kepada orang Islam, maka ia rezeki daripada Allah (The God), tapi bila ia turun kepada orang lain, maka ia datang daripada Jesus, Buddha atau Zeus. Tak masuk akal.

Tuhan seluruh alam itu hanya satu, tapi kita pula berebut nama Allah ("The God" dalam bahasa arab).

Monday, 20 June 2011

Transformasi dan perubahan tidak datang bergolek


“Saya tahu transformasi dan perubahan tidak akan datang bergolek, ia merupakan sifat semula jadi orang untuk menolak perubahan dan berpegang kepada benda yang mereka sudah biasa.

‘‘Dan sesetengah orang takut keadaan tidak tentu yang dibawa oleh perubahan dan ada pula yang berasa terancam kerana perlu melakukan kerja dengan cara yang berlainan.

‘‘Bagaimanapun pemimpin sebenar mesti menyelesaikan isu-isu dan halangan ini untuk membolehkan perubahan mengambil tempat,” katanya.

- PM Najib @ LID 2011

Sunday, 5 June 2011

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

DrMAZA.com

“Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” adalah buku yang ditulis oleh Pendeta Za'ba sebelum Merdeka lagi. Golongan agama konservatif menggunakan Sultan Perak supaya hasil tulisan Za'ba diharamkan. Itulah nasib Za'ba semasa hayatnya. Prof Ungku Aziz memberi buku tersebut kepada saya supaya saya membacanya. Beliau menyatakan beliau membacanya berulang kali saban tahun. Buku ini menggambar betapa orang melayu diajar tidak berdikari sehingga mati pun pahala bergantung kepada orang lain.

Antara kata-kata Za'ba dalam buku tersebut:

-“Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya, tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapat kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua’llah dari orang apabila mati kelak…”

-“Demikianlah dicela Tuhan di dalam Quran jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan yang telah teradat dari nenek moyang sahaja dengan tiada diperiksa lagi betul atau tidak betulnya dan tiada dijalankan akal fikiran dan pengetahuan sendiri menguji benar salahnya. Kerana sesungguhnya perbuatan demikian itulah yang dikatakan bertaklid buta.

Bertaklid buta itu dikeji oleh agama dan oleh sekalian orang berakal, kerana banyak mudaratnya dan kuat kemungkinannya boleh membawa tersimpang kepada jalan yang tiada betul dengan tiada kita perasan. Tuhan dan Rasulnya tidak menyukai orang-orang bertaklid buta kepada fikiran dan pendapat orang lain.

Imam-imam Mujtahidun dahulu kala tempat orang tertaklid itu sendiri tidak pernah menggemarkan orang-orang bertaklid buta sahaja kepadanya atau memastikan orang sekelian menerima sahaja segala fahamannya dan pendapatnya. Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid-murid dan pengikut-pengikut mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan teliti segala pendapat dan keputusan yang telah mereka peroleh itu”

-"“Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya”

-"Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu.

Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta!
 
Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!!
 
Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).

Tuesday, 31 May 2011

Torah, Bible and Quran

‎"All the scriptures - Torah, Bible and Quran - has been preaching of one God. He is the only Creator of all creations. And He is the one that worthy of being worshipped and thanked by all His creations.

Link: Youtube

Thursday, 26 May 2011

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya).

Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang.

Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

( Link penuh klik di sini. )

Tuesday, 24 May 2011

How should children be raised?



Cara mendidik anak - Harun Yahya

1. Penting untuk bercakap dengan anak secara individu dan respect dia sebagai seorang individu.
2. bawa anak ke tempat suasana / persekitaran yg dia suka dan rasa tidak tertekan.
3. terangkan kepada anak tentang kejadian ciptaan Tuhan, tentang bagaimana kejahatan boleh berlaku, tentang orang jahat, secara rasional dan teliti.
4. Didik anak tentang bahaya yang mesti dielak, boleh gunakan imej atau artikel suratkhabar. Anak mempunyai memori imej yg baik.
5. Respect dia sebagai orang yang mempunyai personaliti, bukan semata-mata seperti "budak-budak".
6. Kalau layan seperti budak-budak, dikhuatiri lama-lama dia tak suka dan memberontak, lari ke persekitaran lain.
7. Beri pujian / hadiah kalau mereka bertindak secara rasional dan matang. Ini akan motivate mereka untuk selalu bertindak secara rational (bukan ikut nafsu).
8. 80-90% anak tidak dididik dengan kaedah yang membentuk tingkahlaku / character, dilayan seperti budak-budak.
9. Anak mesti dilatih dengan teliti, dan beri contoh untuk mereka perhati.
10. Didik mereka tentang bahaya elektrik, air, tentang ciri orang jahat, orang baik, orang yang sayang Allah.
11. Mendidik anak mesti teliti, seperti pendidikan universiti.
12. Marah anak ada kesan berlawanan daripada yg diharap.

cocukbahcesinesesi.com

Monday, 16 May 2011

Sunday, 15 May 2011

Pentingnya Pendidikan Kewangan / Financial Education

Saya baru selesai habis baca buku bertajuk "Unfair Advantage" oleh Robert Kiyosaki tebal 277 muka. Sebelum ni pun pernah baca buku Kiyosaki bertajuk "Increase your Financial IQ". Intipati sama cuma beza cara pengolahan.

Antara isi kandungan, pentingnya financial education dan hakikatnya ia tidak diajar di sekolah atas pelbagai sebab dan alasan. Pada tahun 1971, Presiden Nixon mencabut tambatan nilai emas daripada dolar, menghalalkan tindakan Federal Reserve mencetak duit kertas dolar sewenang-wenang tanpa kawalan.

Bagi orang biasa yang tidak ada financial education, mereka fikir harga barang semakin mahal sebab apa yang dipanggil inflasi - permintaan tinggi. Sebenarnya inflasi bermaksud nilai duit kertas semakin merosot, kerana dicetak sewenang-wenang tanpa kawalan.

Disebabkan nilai duit kertas merosot, cara fikir lama "Belajar pandai-pandai, apply kerja, belanja bawah kemampuan, saving banyak-banyak" sudah tidak boleh lagi dipakai.

Dalam konteks tempatan, kita boleh tengok sendiri, mereka yang belajar pandai-pandai di IPT terpaksa apply loan (PTPTN) untuk belajar, lepas habis belajar belum tentu dapat kerja tapi hutang sudah confirm. Bayar balik loan PTPTN dengan interest yang menyeksakan. Lambakan lepasan IPT yang tidak dapat pekerjaan kemudian disenarai hitam atau dikenakan penalti interest kerana lambat selesaikan hutang. Kalaupun ada yang dapat kerja, cara hidup mereka menyedihkan sebab kos sara hidup semakin meningkat.

Termasuklah juga yang sudah lama bekerja dan sudah berkeluarga dan beranak pinak. Setiap kali diumum barang naik harga, mereka naik berang dan mengamuk. Jenayah semakin meningkat sebab orang semakin desperate. Menteri-menteri mula buat kenyataan tak masuk akal bahawa keadaan terkawal. Setengah negeri, pengundi menolak kerajaan BN dan memangkah parti alternatif kerana inginkan perubahan.

Kalaupun ada yang berjaya menyimpan duit dalam bank untuk masa depan, sebenarnya usaha itu tak cukup. Nilai duit kertas semakin hari semakin merosot. Saya tak tahu harga seekor lembu dulu berapa tapi yang pasti lebih mampu. Sekarang lebih kurang RM2000. Pada masa akan datang, RM5000 pun belum tentu dapat beli ekor lembu.

Kiyosaki dalam bukunya mengajak supaya mengubah cara fikir untuk menghadapi masalah kewangan yang semakin hari semakin bencana.

Persoalannya, adakah kita sanggup keluar daripada zon selesa (comfort zone) dan berubah.

advertlets

nuffnang